Photobucket

Tuesday, June 13

Harapan

Semalam genap setahun lagi pertambahan usia aku. Sepanjang 26 tahun ni, banyak yang telah aku belajar. And the most important lesson is jangan terlalu mengharap. Mengharap tak salah, cuma jangan terlalu mengharap.

Kalau tak dapat seperti yang diharapkan, move on and try cari jalan lain to move on. Tak guna kalau setakat mengharap ke langit, kalau nanti akhirnya menjunam ke bumi. Bukan orang lain yang akan rasa sakit. Diri sendiri juga.

Masa belajar dulu, aku berharap akan dapat kerjaya yang setanding dengan kelulusan aku. Namun, takdirNya lebih berkuasa. Aku tidak menyalahkan takdir. Aku tahu, mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku. Tipulah kalau tak terdetik dihati. 'Kenapa orang lain senang je dapat apa yang mereka nak?' 'Kenapa orang lain baru je grad, berjaya dapatkan kerjaya yang setaraf, dapat beli kereta, beli rumah dalam masa yang singkat?' Kenapa, kenapa dan kenapa?

Tak ada sesiapa pun yang dapat jawab.

No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾