Photobucket

Saturday, June 28

280614 02:14

Sunyi sepi je pagi-pagi ni. Pejam celik pejam celik, esok dah start puasa. Dalam x sedar dah seminggu memdiamkan diri kat rumah. Masa berlalu dengan sangat pantas. X terkejar kita jika masa itu berlari. Tapi tetap juga kita merelakan masa berlalu begitu sahaja. Resam manusia. Bila masa ada, ditangguh-tangguh kerja yang ada. Bila x cukuip masa, masa pula yang disalahkan...

Well, bila cakap pasal masa, teringat perkara-perkara bodoh yang aku lakukan dari kecik sampai sekarang. Bila diingat balik, rasa macam nak benam muka dalam tanah. Malu kot. Hahaha... But, manusia mana yang x pernah buat salah kan. Apatah lagi benda-benda bodoh yang kadangkala memalukan diri sendiri. Take it positive. Disebabkan perkara-perkara bodoh nilah yang mengajar kita tentang kehidupan. Yang menjadikan diri kita yang hari ino. Yang akan menjadi pelindung buat diri kitaada masa hadapan. Dam yang akan menjadi memori, kenangan pahit dan manis untuk dikenang...

Cuti lama ni cadangnya nak kerja. Masa kat kolej, semangat nak kerja tu tersangatlah berkobar-kobar. Ceh, like always, itu semua dusta semata. May be nampak macam alasan, tapi aku kesian tengok ayah n mak terpaksa kerja lagi, nak urus kerja-kerja rumah lagi, nak urus adik aku lagi. Dah alang-alang aku duduk rumah, better aku yang buat semua tu kan. Berbalik kepada cerita berpuasa. Alhamdulillah, tahun ni dapat berpuasa dengan keluarga. Almaklumlah, bukan selalu... Seronok... Tahun depan x dapat nak puasa sama sebab praktikal nasib kaulah... Harap-har dapat tempat praktikal yang dekat dengan rumah. Senanh nak ulang-alik. Jimat kos lagi. Hehehe...

Friday, June 13

Miss You, my Friend

Miss You Guys So Much... ='(

 Especially You, My Friend... Maaf tidak dapat menjadi kawan terbaik...


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Cerita semalam

Happy birthday to me.. =)


Nothing special, cuma bertambahlah usia. Walau x sebanyak orang lain yang lebih berpengalaman, tapi InsyaAllah segala ilmu dan pengalaman yang aku dapat sepanjang aku hidup sehingga hari ini akan aku simpan dan gunakan sebaiknya. 

Banyak wish dapat semalam. "slmt mempringati hari kewujudan diri...hi3x". Salah satu ucapan. 

Photo: hye bal2 happy birthday..senyum sokmo..goodluck final exam..fighting!!!
-wish dari piqa-

Thank You Friends...

Semalam jawab satu quiz "What Should Your Life Motto Be?" Then keluarlah ayat ni:


"Be the reason someone smiles today"


Good memories keep me alive n bad memories gave me strength. Thus, made me who I am today... 

Do Not Regret. There is no time to be regretful. Everything happened for a reason. 

perpisahan ini

It'a a nice song... =)

1st edition ft aizat amdan

Wednesday, June 11

01:38 11082014

Final exam week dah menjelma... 1 paper dah lepas hari ni. Another 4 to go. Another 2 weeks to end my 2nd year of studies... dah rancang macam-macam untuk cuti ni. Hope rancangan tu akan terlaksana. 



Masa tengah study Bact, tetiba teringat masa latihan pengapungan masa training hari tu. Tergelak sorang-sorang. Mana tak nya. Orang x tahu berenang, tetiba kena berenang dekat kolam kat bukit ekspo. Tercungap-cungap dibuatnya. Ntah berapa gelen air dah masuk kat tekak. Rasa kalau tengok diri sendiri berenang hari tu, memang ketawa terbahak-bahaklah. Tapi, yang bestnya nasib baik pakai life jacket. Hehe... Klau x pakai life jacket, of courselah x berani nak berenang kat kolam tu. Memang awal-awal lagi dah tenggelam...




My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾