Photobucket

Friday, October 7

Patah KaKi!!!

Berkenaan tajuk di atas, bukan aku yg patah kaki...

Petang tadi baru je habis paper Perubatan Veterinar... 2nd last paper... Soalan x susah, tapi aku yang x baca, so nak jawb pun terkial-kial... Tp tu bukan topik utama untuk hari ni...

Habis makan kat foodcourt, terus balik bilik... baru je duduk kejap, then tetibe dengar ade orang panggil name dari luar. Ketua blok panggil aku. Eh, asal plak ni?

Die suruh tengok kat bawah, kat laman. Ade seekor makhluk Allah ni tengah baring mengiau2... First2 tengok, dah pelik. Die baring mengiring ke kanan, x gerak. Pastu mengiau banyak kali. Aku dengar mase kat bilik tadi, ingatkan kucing saje mengiau coz de sekor kucing ni suke bising kat depan bilik aku. So, aku turun bawah. Mase tu mayb dalam kol 5.30 ke atas. X tengok jam la plak. Nak check asal kucing tu camtu. Tengok2, forelimb kiri die bengkok semacam. Nampak ade 2 bentuk tulang yang tercerai.  Cam joint die xde. So, aku assume kaki die patah jela. X luka, or darah. Ah, sudah. Ape nak buat ni????

Kinah pun turun. Masing2 x tau nak buat ape. Tetibe rase malu n rase x gune jugakla. Coz name je belajar kesihatan haiwan, tapi x tau nak buat ape. Hmmm... So, aku bawak si hitam pegi bilik aku. Letak atas katil. Die still mengiau. Yang lain suruh tepon dr.... Aku call Dr anddy, Dr zaidi, Dr cheng. Tp, sayang... Dr anddy de kat airport, Drzaidi x jwb pnone n Dr cheng plak ade kat Sibu skrang.

Dr cheng pesan supaya balut kucing tu supaya die x byk gerak. Esok baru bawak jumpe die. So, lega sikit hati. Lagipun x berdarah. Walaupun jantung still dup dap dup dap macam nak jatuh dah...

So, sekarang si hitam ade dengan aku. Just biar die jalan2 ikut suka hati die coz x nak bg die stress. Punyelah search internet sgale nak tau camne at least kurgkan sakit si hitam ni.

http://www.cathealth.com/safety/cat-first-aid
http://www.petplace.com/cats/fracture-repair-in-cats/page1.aspx

Ingat nak balut, tp memandangkan x reti n takut menerukkan lagi keadaan, aku biar je die jalan ngan bebas. Sebab die yg tau camne nak redakan kesakitan die. Kalau manusia, bleh jugak kite tanye ape yg sakit. Ni kucing. Mengiau panjang mane pun, aku still x kan dapat paham. Just ikut gerak hari jela...

Esok pagi lepas last paper, nak bawak die gi jumpe Dr cheng kat klinik die. Kinah bawak. Hope xde pape yang berlaku...

Sepanjang insiden tadi, aku dapat tengok macam2 gelagat manusia. Ade yang buat aku rase bangga ada kawan macam die, ade gak yang aku rase kecewa. Tapi nak buat camne, hak masing2 kan. Ape yg aku rase x penting... Cuma ape yang aku harap, pandangan aku je yang salah. Sekian.

Wednesday, September 28

SHIT!! I hate to live a life like this... please don't make my life become even more miserable...

Saturday, September 3

RaYa

Baru je balik ke U balik... lpas 2 minggu cuti sakan... patut cuti seminggu je, haha~

Hari ni hari bertuah kot. Dapat duduk 1st seat dalam plane walaupun spatutnya seat aku nun jauh di belakang. Semuanya gara2 sorang pak cik minx tukar, coz die x nak duduk depan coz susah nak jaga baby die... Pastu dpt naik teksi ezora plak... x pernah2 naik teksi besar... haha~

Duit raya? walaupun x banyak, tp blehla... Biasela tu, makin tua, makin sikitla duit raye kite dapat... btw, raya memang best!!!

Friday, August 5

Si cilik penjual kuih yang berhati besar...


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Wednesday, August 3

030811 1610

Hari ni, aku dapat tau yg mak salah sorang kawan aku meninggal dunia... Al-Fatihah buat arwah... salam takziah buat beliau dan keluarga... Semoga tabah mengahadapi saat-saat sukar di bulan yg mulia ni...


Sejak aku masuk U ni, dah ramai kawan2 aku yang kehilangan ayah atau mak mereka. Aku kagum dengan mereka, sebab mampu bertahan menghadapi saat2 sukar ni... 


Aku? aku pernah tanya kat diri aku sendiri, macam mana klau ayah atau mak dah xde nanti? Respon? Aku x rasa aku kuat untuk hadapinya. Aku x rasa aku sanggup untuk melaluinya. N kalau boleh, biar aku yang pergi dulu sebelum mereka... masih banyak jasa mereka yng belum aku balas. Masih banyak kasih sayang mereka yang belum aku balas. Masih banyak perkara yang ingin aku kongsi bersama mereka. Masih banyak benda yang ingin aku buat dengan mereka. Masih banyak kesalahan yang aku lakukan terhadap mereka. Aku ingin melihat wajah mereka sehingga ke akhir nafas hidup aku di muka bumi ni...


Aku tau dan sedar, semua yang hidup pasti akan kembali kepadaNya satu hari nanti. Kita mesti meredhai. Tapi, cakap memang senang. Memang senang nak pujuk or nasihat orang lain untuk sabar dan tabah. Tetapi, kalau kite sendiri yang berada dalam situasi tu, rasanya susah nak tenangkan hati...


Friday, July 22

Melayu


Rules:
1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. Ok, go!
5. When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your note.

SEE WHAT YOUR MEDIA PLAYER GIVES YOU :D

 1. If someone says, “shelf”, you say?
Cinta Jangan Kau Pergi

2. How would you describe yourself?
Kau Pergi

3. What do you like in a guy/girl? 
Hati Yang Telah Dilukai

4. How do you feel today?
Memori Cinta Luka

5. What is your life’s purpose?
Jikalau Aku

6. What's your motto?
Balada Hati

7. What do your friends think of you?
Fanatik (ngan ape???)

8. What do you think of your parents?
Hanya milikmu 

9. What do you think about very often?
Kau Di Hatiku

10. What is 2 + 2?
Biarlah Bulan Bicara

11. What do you think of your best friend? 
Menatap Matamu

12. What do you think of the person you like?
Adinda 

13. What is your life story? 
Kita Bersaudara

14. What do you want to be when you grow up? 
Pastikan (mencapai segala cita2!)

15. What do you think of when you see the person you like?
Langit Ke Tujuh (uhhh, tinggi sangat tu... haha~)

16. What will you dance to at your wedding?
Penantian

17. What will they play at your funeral? 
Ku Juga Mencintaimu

18. What is your biggest fear? 
Kumohon

19. What is your biggest secret?
Tanpa

20. What will you post this as? 
Iris

English


Rules:
1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. Ok, go!
5. When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your note.

SEE WHAT YOUR MEDIA PLAYER GIVES YOU :D

 1. If someone says, “shelf”, you say?
Pieces of Me

2. How would you describe yourself?
Until You're Over Me (???)

3. What do you like in a guy/girl? 
Right Where You Want Me (?????????)

4. How do you feel today?
When You Tell Me That You Love Me (waa...)

5. What is your life’s purpose?
Fever (Oh no...)

6. What's your motto?
As Long You Love Me

7. What do your friends think of you?
Crawling In The Dark

8. What do you think of your parents?
One In A Million (Yeah!!!)

9. What do you think about very often?
Sure Fire Winners

10. What is 2 + 2?
Anywhere But Here

11. What do you think of your best friend? 
Harry Potter (isk3~)

12. What do you think of the person you like?
Unfaithful (bahaya btol!!)

13. What is your life story? 
Like A Knife (gulp...)

14. What do you want to be when you grow up? 
The Way I Love You

15. What do you think of when you see the person you like?
Photograph

16. What will you dance to at your wedding?
Dreaming

17. What will they play at your funeral? 
I'll Be Loving You Forever (hmm...)

18. What is your biggest fear? 
These Words (word pe tu... hmm...)

19. What is your biggest secret?
Good Life (tu kire secret ke?)

20. What will you post this as? 
Marchin On (pe kaitan? haha~)

Wednesday, July 13

13072011 21:14

I miss my family...
I miss my Lily...
I miss my room...
I miss my fav food...
I miss 'my' car...
I miss my home...
Wanna go back home asap, please...


Monday, July 11

Satu yang tiada duanya, ...

Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT. 


Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami) (Al-Isra’:12)”. 


Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. 


Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an. 


Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. 


Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk. 


Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang (Al-Mulk: 3)”. 


Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka (Al-Haqah: 17)”. 


Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu; tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.* 


Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat (Al-An’am: 160)”. 


Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf 


Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air (Al-Baqarah: 60)”. 


Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf ditambah dengan 
ayah dan ibunya.




Sunday, July 10

Rahsia di Sebalik Jari 2


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan …“Allahu Akbar” sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!

Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? 


Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan ‘garam’ terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.


Saturday, July 9

Rahsia di Sebalik Jari

Cuba anda letakkan tangan kanan anda ke bahagian kanan muka.
Kemudian rapatkan jempol anda di telinga, jari telunjuk di pelipis kepala, jari hantu ke mata, jari manis ke hidung sementara jari kelengkeng ke mulut.

Jempol (ibu jari) di Telinga
Walaupun kukuh dan padat, ia tidak sepanjang kawan-kawannya yang lain. Ini bererti tidak semua patut kita dengar.
Apabila terdengar orang sedang mengumpat, kata-kata lucah, muzik mengkhayalkan, 'pekakkan' telinga.
Jempol ini pasti mengingatkan kita supaya banyak mendengar yang baik-baik seperti bacaan Al-Quran, mendengar syarahan agama dan nasihat.

Jari Telunjuk ke Pelipis
Ini satu arahan jelas agar kita banyak menggunakan otak atau berfikir.
Dengan berfikir, banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik. Dengan berfikir, banyak rumah tangga mungkin tidak runtuh, dan dengan berfikir jugalah, ramai berjaya di dunia ini. Tetapi awas, jangan pula menggunakan otak anda untuk menipu!

Jari Hantu ke Mata
Hantu adalah lambang kejahatan.
Banyak maksiat berpunca daripada mata. Lebih banyak dilihat, lebih banyak akan ditiru. Mata ditutup tapi masih nampak juga. Mata inilah yang harus dikawal rapi.

Jari Manis ke Hidung
Hidung menghidu dan menghembus nafas. Ia mengenal pasti bau-bauan - harum atau busuk.
Kalau kita bersedih, ia rasa tersumbat. Kalau kita gembira, hidung terasa amat lapang. Selagi ia masih boleh bernafas, selagi itulah kita dapat menikmati dunia ini.

Jari Kelengkeng ke Mulut
Jari ini amat kecil menunjuk ke mulut. Jadi, 'kecilkan' atau kurangkan penggunaan mulut.
Jika mulut digunakan untuk makan, jangan makan terlalu banyak kerana pelbagai penyakit ikut masuk ke dalam tubuh.
Kalau bercakap harus berhati-hati. Kata orang tua-tua: Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda yang bermaksud: 'Jika tidak ada yang baik-baik untuk dikatakan, baiklah diam sahaja.'
Satu sahaja kegunaan mulut yang amat digalakkan iaitu banyakkan membaca, terutama Al-Quran.


BSAL: Banyak rahsiaNya yang tidak kita ketahui. 

Kalau diperhatikan di telapak tangan, kita akan dapat lihat 2 nombor dalam tulisan jawi. Sebelah kiri mewakili no 81, dan sebelah kanan mewakili no 18. Jika ditambah kedua-dua no, jumlahnya ialah 99. Sama jumlahnya dengan 99 Nama-nama Allah.


Left Hand Clip Art

tangan kiri


tangan kanan

Friday, July 8

Wednesday, July 6


.................♥♥
.............♥####♥
.......♥#########♥
.....♥#############♥
...♥###############♥
..♥#################♥..................♥###♥
..♥##################♥..........♥#########♥
....♥#################♥......♥#############♥
.......♥################♥..♥###############♥
.........♥################♥################♥
...........♥###############################♥
..............♥############################♥
................♥#########################♥
..................♥######################♥
....................♥###################♥
......................♥#################♥
........................♥##############♥
...........................♥###########♥
.............................♥#########♥
...............................♥#######♥
.................................♥#####♥
...................................♥###♥
.....................................♥#♥
.......................................♥
.......................................♥
.....................................♥
...................................♥
.................................♥
..............................♥
............................♥
.........................♥
......................♥
..................♥
.............♥
.........♥
......♥
....♥
......♥......................♥...♥
..........♥.............♥............♥
..............♥.....♥...................♥
...................♥.....................♥
................♥......♥..............♥
..............♥.............♥....♥
............♥
...........♥
..........♥
.........♥
.........♥
..........♥
..............♥
...................♥
..........................♥
...............................♥
.................................♥
.................................♥
..............................♥
.........................♥
..................♥
.............♥
.....♥
...♥
.♥.............................♥....♥
♥..........................♥...........♥
.♥......................♥................♥
..♥...................♥..................♥
...♥....................................♥
.....♥................................♥
........♥.........................♥
...........♥...................♥
..............♥..............♥
..................♥.......♥
.....................♥..♥
.......................♥
...............(¨ `v´¨ )
.................`-.¸.-`
.................I*``*I
.................|......|
................. \,..,/
.~*\ .............~**~...~*\../`*~. ~**~-,
.\.....\¸,.~*\/..../\.....\... ..V...../ ...(_)...\
..\.............\.....\/..../. \........ ./\......¸,.~*
....\¸,.~*´¨..`.-.,¸¸,.-`..\,¸ ¸,./..... ..,¸¸,`.\
..~**\./``*/ ~**~. .~*\..../*~.
...\....\/.../...../\.....\... ..|..|... ..|
....\......./......\/..../\... ...\/.... ./
...../__/...`..,¸¸,.-`* `..¸,...,¸.
........♥........♥
.....♥..............♥
...♥...................♥
..♥.....................♥
.♥.......................♥... ......♥....♥
♥........................♥... ♥.............♥
.♥........................♥.. ................♥
..♥........................♥. ..............♥
......♥....................... ...........♥
........♥..................... .......♥
...........♥................. ....♥
...............♥............. .♥
..................♥.........♥
.....................♥....♥
......................♥..♥
........................♥
........................♥
.......................♥
........................♥
..........................♥

´´´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´¶¶
´´´´´´´´´¶¶¶¶´´´´´´¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶´¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´¶
´¶´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶
´¶´´´´´´´´´´´´¶¶´¶´´´´´´´´´´´¶´´´¶
´¶´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶¶¶´´´´¶
´¶´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´¶¶´´¶´´´´¶
´´¶´´´´´´´´¶¶¶¶¶´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶´´´¶
´´¶¶´´´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶¶¶¶¶´´´¶¶
´´´¶¶´´´´´´¶´´´´¶´´´´¶¶¶¶´´
´´¶
´´´´¶´´´´´´¶´´´¶´´´´´¶´´´
´´´¶
´´´´¶´´´´´´¶¶¶¶´´´´´´¶¶¶¶´´¶¶
´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´
´´´´´´¶
´´´´´¶¶¶´´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´¶
´´´´´´´´¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´¶¶´¶
´´´´´´´¶¶¶¶´´´´´´´´¶´¶¶
´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´¶´´´¶
´´´´¶¶¶¶¶¶´¶´´´´´´´¶´´¶´
´¶¶´´´¶¶¶¶´¶´´´´´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶
´´¶¶´´´´´´¶¶¶¶´´´´´¶´¶¶´´´´´¶¶
´´¶´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶
´´´¶¶´´´´´´´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

Tuesday, July 5

ExaM!!!

Exam weeks menjelma kembali!!! The worst weeks in student's life like me.. haha~


So, macam biasa. Akan berjaga hingga lewat malam, gara2 x study dari awal... Isk3~ memang x serik. 


Papepun, all the best semua!!!

Sunday, July 3

Salah...Maaf

Bila manusia dah terlalu leka, macam2 perkara x betul yang dibuatnya. Bila manusia dah terlalu senang, macam2 perkara yang x diendahkan. Bila dah susah, baru nak berubah.

Well, nak buat macam mana, namapun manusia kan. Mesti akan buat kesilapan, sama ada dalam sedar atau x. Rasa2 boleh x jumpa seseorang yang mengaku, " aku x pernah buat salah sepanjang aku hidup". Confirm2 xde. 

Rasa2nya dalam dunia ni, siapa yang paling banyak lakukan kesalahan? 



Yup, diri sendiri... itulah manusia yang paling banyak lakukan kesilapan. X payah nak cari orang lain. 

Kalau masing2 tau kekurangan diri sendiri, alangkah bahagianya dunia ni. Tapi, jangan mimpi di siang hari. Kembalilah ke dunia realiti.


Biasalah, kalau orang buat kesalahan, minta maaf adalah perkara pertama yang dituturkan. Walaupun simple, tapi bawa banyak erti. Perkataan maaf tu ibarat ubat yang sangat mujarab. Walaupun x semua kesalahan dapat diselesaikan dengan hanya meminta maaf, tapi sekurang-kurangnya dapat menyejukkan hati. 


Namun, x semua manusia senang dalam menuturkan perkataan "MAAF". Hmm... 

AkU?

Lama dah aku hidup. Mungkin x selama orang lain. 
Banyak dah orang yang aku jumpa. Mungkin x seramai orang lain.
Ingatkan aku kenal diri aku ni sape, tapi sebenarnya x. Kadang2 jealous tengok orang lain yang tahu kelebihan dan kelemahan diri diorang. Haha~

Selalu x sedar diri kadang-kala melampaui batas. Melukai hati orang sekeliling. Namun, aku cuba sedaya-upaya untuk menyelongkar kelemahan itu. 


Perkataan maaf tu, x konsisten. Kadang kala nak luah, tapi x terkeluar kerana aku sedar aku x layak. 
Coward kan? Haha~

Thursday, June 30

MIDNIGHT

I currently watching Dr House series since yesterday dan banyak benda menarik yang aku belajar. Hari ni aku belajar pasal surgical sieve untuk part pathology. Lagi senang nak hafal dengan cara macam ni. Kenapalah baru jumpa series penuh dr House ni skrang. Kalau jumpa dari dulu, confirm aku punya anatomy and animal health 1 aku, A. Hmm... Apq nak buat, benda dah lepas. Usaha yang terbaik untuk animal health 2 ni... Papepun, thriller series memang best!!!


Surgical sieve

M - Metabolism
I - Inflammation
D - Degeneration
N - Neoplastic
I - Infection
G
H
T - Trauma

G tu, aku pikir maybe growth disturbances, H tu tak tau la plak. Hehe~

Insomnia, I hate it


Wednesday, June 29

Hari-hari yang Diharamkan Puasa

Lagi sebulan, bulan Ramadhan akan menjelma. Selain Ramadhan, umat Islam juga boleh berpuasa pada hari2 selain Ramadhan. Dan setahu aku, puasa ni dapat menundukkan nafsu. Jadi, sesiapa yang sukar untuk mengawal nafsu, silalah berpuasa. Mayb akan dapat menundukkan nafsu tersebut...

Namun, jangan dilupa. Ada juga beberapa hari tertentu yang diharam dan dimakruhkan puasa.

Hari yang Diharamkan Puasa:
- 1 Syawal (Aidil Fitri)
- 10 Zulhijjah (Aidil Adha)
- Hari -hari Tasyriq: 11, 12 dan 13 Zulhijjah
- Hari Syak mungkin bermula berpuasa (30 Sya'aban)
- Selepas 15 Sya'aban (jika bukan puasa Qada' atau nazar atau tiada hubungan dengan puasa pada hari sebelumnya, atau bukan hari yang biasa berpuasa
- Puasa sunat bagi wanita tanpa izin suami (jika suami bermukim yakni tak bermusafir atau berpergian jauh)

Kasih Sayang

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan



Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana



My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾