Photobucket

Saturday, June 26

Kaunselor???

Kaunselor... ape pandangan anda terhadap mereka yang bergelar kaunselor... Adakah mereka benar-benar mampu membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi? Ataupun mereka hanya menambahkan kekusutan yang anda alami?

Hmmm... Semua orang ada pendapat masing-masing. darah sama merah, hati lain-lain. Ada yang suka berkongsi masalah mereka dengan orang lain dan ada juga yang tidak suka masalah mereka diketahui oleh orang lain. Ada yang suka orang lain mengambil berat dan sentiasa membimbing diri mereka, tetapi ada juga yang tidak suka orang lain masuk campur dalam hidup dia... Jadi, tidak salah rasanya kalau aku menyatakan pendapat aku sendiri mengenai mereka yang bergelar kaunselor ini...

Sejak dahulu lagi aku tertanya-tanya... Perlukah wujudnya mereka yang bergelar kaunselor ini kerana secara peribadi aku memang tidak suka bertemu kaunselor. Bagi aku, setiap manusia mempunyai masalah masing-masing dan tidak akan mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut kerana masalah sentiasa datang dan pergi. Kaunselor juga seorang manusia. Mampukah dia untuk menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri mereka sendiri mempunyai pelbagai perkara yang lebih penting yang perlu mereka fikirkan. Dan yang lebih penting mampukah mereka meyimpan rahsia/masalah yang kita luahkan daripada diketahui oleh orang lain? Hmmm...

Thursday, June 24

Lagu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangaor





Berilmu beramal berbakti
Itulah pegangan sekolah kami
Kebanggaan putra putri sejati
Harapan ibu pertiwi

Bersumpah taat dan setia
Kepada agama, bangsa dan negara
Bersama mendukung cita-cita mulia
Semoga cemerlang sentiasa

Kami berdoa kepada yang esa
Diiring restu ayah dan bonda
Dengan bimbingan guru yang tercinta
Doakan kami terus berjaya

SMS Kuala Selangor
Pusat ilmu idaman kita
Bagai permata indah bersinar
Untuk mencapai wawasan negara

LIRIK GURU-GURU SMSKS 1996
CIPTAAN EN RAMLAN HARUN

Lagu Universiti Putra Malaysia



Universiti putra malaysia
Gedung ilmu menara budi
Di sinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat Berilmu Berbakti

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertakwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan 
Didarjat bangsa didaulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan 



Welcome Back!!!

Akhirnye, selepas dua bulan bebas, akhirnye diri ini kembali ke negeri kenyalang untuk meneruskan pengajian. Hmmm... WELCOME HOME to Bintulu... 

Bilik baru [x kemas lagi]... excited

Barang sape la ni...


Bukak laptop dulu sebelum papepun...

Tuesday, June 22

Nenek punye CatS














Balik kampung !!!

Walaupun dah terlambat tapi rasenye x terlambat lagi [ape aku merepek sorang2 malam2 bute ni]. Well, blog aku, sukati akula... [hahahaha]. Alkisah, 2 minggu lepas yakni 10 Jun 2010, kami sekeluarga pulang ke kampung coz ade kenduri kawin mak cik sebelah mak. But of kos la tujuan utamanya nak jumpe nenekku yang tersayang. Berabad jugakla x jumpe. UPM nyer psal...[kihkihkih]. Sape suroh buat kampus jauh2?

Cam biasela, aku drive City... [poyo -_-']. Ayah drive Unser. Macam rombongan Cik Kiah. Padahal xdela ramai sangat orangnye. barang je banyak. Beg untuk berkat majlis kawin tu je dah penuh bonet Unser tu. Hmmm... Smpai2 je trus gi rumah mak cik aku tu. Tolong ape yang patut. Tak penat ke? Nak penat pe mendenye. Dah bantai tido 2 jam pas sampai kampung. [hakhakhak]. Keesokan paginye, mak, ayah, angah ngan Suraya je yang pegi tolong2, aku ditugaskan jage bebudak kecik [Ameer ngan sepupu2 sekalian] kat kampung. Jadi nanny jap. [huhu]. Petang aku tuka tempat ngan Suraya. Malam sambung... Penat seyh... kalah pengantin camni...

12 Jun 2010... Tibela mase yang ditunggu-tunggu oleh mak cik aku dan sume Hikara... Pertambahan ahli baru dalam keluarga kami. Maknenye aku kene hafal name lebih rmai orang la ni... OH TIDAAAAKKK!!! Sedare yang dah tersedia ade pun aku x kenal semuanye, ni bertambah lagi... [isk3] Meriah la jugak. Walaupun aku dengar cam ade banyak masalah je, [biasela tu] tapi Alhamdulillah, sumenye berjalan lancar... Klau ade yang nak taula, 12 Jun ni sebenarnye tarikh lahir aku [penting ke???] haha. Rmai jugak yang wish kat hp ngan fb. Terime kasih sume [^_^]

Esoknye, 13 Jun 2010, gi Seberang Perak plak. Pak cik plak yang kawin. X pernah jumpe pun pak cik tersebut [isk3, truk btol]. Nak buat camne? aku bukan peramah orangnye [= _="] Kat sane pas makan, terase bosan, justeru, ternampak pak cik ngan adik2 sedare aku, so lepak2 ngan diorg kat rumah sebelah [sukati je ceroboh rumah orang -_-'].

Isnin, 14 Jun x gi mane2. Aiyo, bosan yang teramat. Tetibe ayah cakap, petang nanti kutip buah sawit yang bertaburan or lerai [lepas pekerja kait tandan2 sawit beberape hari lalu]. Disebabkan semangat petani yang membakar dalam diri ini [cewah], aku pun dengan pantas gi amik basikal, gloves ngan but, gi kutip buah sawit tu sorang2. Berejam jugakla dok membongkok kutip buah2 sawit tu. Nikmat btol. Tapi pastu sakit giler badan. Budak bandar la katekan. [hoho, tu la padahnye klau budak yang selalunye malas tetibe jadi rajin]. Dengan bantuan ayah, Aisyah n all, akhirnye dapatla kumpul 1 guni buah sawit. Esoknye, atok gi jual. Dapatla RM22. Hepi2... First time aku keje n dapat duit hasil keje tu.


Contoh buah sawit yang lerai [tempat yang aku kutip tu lagi mencabar, ngan rumput2 tajam, semalu, habis luke sane sini. Perkare kecik je sebenarnye tu]


RM 22 [gaji pertama, first time keje dalam hidup, huhu]

Esoknye, aku pun pulang ke istanaku dengan berat hati. Jika umur panjang dan diri ini masih berkemampuan, Teluk Intan, we will meet again someday, okey?

-Sekian-
B.S.A.L

Last nighT...

Malam terakhir tido kat rumah sebelum dihantar pulang ke "over de sea"... *sigh* dua bulan rase cam 2 hari je.... 

X NAK BALIK SANE!!! sob3~ 



tapi nak buat camne kan, demi mase depan, kenela berkorban. Klau ikutkan hati je, hancurla mase depan aku... redha je la


Saat ni tengah tepikir:
1. brape pointer yang akan aku dapat sem depan?
2. macam mane hidup aku tuk sem akan datang ni?
3. bile cuti sem?
4. adakah sem akan datang ni akan menjadi saat terindah dalam hidup aku?
5. or sem ni akan jadi sem yang paling horror dalam hidup ni?


hmmm... x de sape yang tau... so, jalani jela hidup ni dengan penuh bermakne di samping orang-orang di sekeliling... (tengah sedapkan hati sendiri) huk2...

Monday, June 21

10 WASIATAS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA1

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.


2. Bacalah al-quran,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu,amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.


3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab,kerana bahasa arab yang betul adalah satu-satunya syi'ar islam.


4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.


5. Janganlah banyak ketawa,kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu sentiasa tenang lagi tenyeram.


6. Janganlah banyak bergurau,kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.


7. Janganlah bercakap dengan lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.


8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang,mengecam pertubuhan-pertubuhan,dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.


9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui,kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.


10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita,oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾