Photobucket

Sunday, November 25

morning

GOOD MORNING!!


Journey Of Life














-GOOGLE   IMAGE-

Don't Lose Hope



Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side



MAHER ZAIN - INSYAALLAH

STRESS

Assalamualaikum...

Minggu stress dah kembali. Minggu test 2. 2 minggu ni sangatlah busy. Banyak giler assignment, presentation yang perlu diselesaikan. Semua lecturer suka buat semua benda serentak. Dari dulu macam ni. Kalau sorang bagi asgnmnt, semua nak bagi masa tu jugak. Tapi kalau dah xde asgnmnt tu, terus xde pape. Jam otak macam ni. Tapi nak buat macam mane. Ni lah adat belajar. Kene ikutlah apa yang pengajar nak. 

Tengah study kimia organik. Salah satu subjek yang sangat memeningkan kepala aku. (Sebenarnya semua subjek memeningkan kepala... huhu...) But, disebabkan dia ni kimia, so dia termasuk dalam black list aku. Huhu... sory, tapi aku memang x boleh nak hadam bab2 kimia ni. Dulu suka giler, but since start blaja organik2 ni, terus padam minat aku kat kimia.

Hari ni ada majlis bersama alumni. Tapi x dapat nak join coz aku kena study kimia organik ni. Isnin ni dah test 2. Sorry sangat2 x dapat join. Hmm... Lagipun x de kawan nak pergi. Pergi sorang2 macam x syok je. Yang buat masa exam tu kenapa... Hmm... Xpelah, next event insya Allah aku join. Tapi x janji. Aku akan try untuk join sebab aku tau betapa susahnya somebody nak urus satu2 event. 

Esok macam nak join. Tapi tengok dululah macam mana. Banyak lagi x study ni. Karang x pasal2 ada yang kena repeat paper. X mau aku. Kalau kena repeat, kena repeat amali jugak. LAGILAH X NAK. Kalau dapat lab assistant macam sem ni, mampus aku. Boleh heart attack. Sem ni, setiap jumaat petang je, mesti STRESS!! Semua gara2 seorang lab assistant. Adeh... Hope dia the worse person that i can ever met. X sanggup nak jumpa orang macam dia dah lepas ni. Mengenangkan x nak repeat paper je, aku sabar. Tapi kalau x sabar pun, nak buat macam mana kan. Terpaksa follow jugak. Kena hati2 pilih kelas lepas ni. 

Mengantuk gilak sekarang. Jam sekarang pukul 12.35 am. Nak tidur, tapi banyak lagi kerja kena buat. 2 test next week. Subjek kimia organik n mikrobiologi. Oh no! 3 sebenarnya. Dengan BI sekali. Masak...
Papepun, sila kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan. Chaiyok!!

Saturday, August 4

Women In The Sun

Women In The Sun, 2008

Drama Korea bertajuk Women In The Sun. Aku tertengok ep 1st drama ni kat KBS bulan lepas. N then ak x ikut sangat smpailah satu hari, aku tetengok balik drama ni. Ep 11 kalau x silap.Walaupun x tengok 9 episode, tapi aku dapat tangkap cerita tu. Tentang sepasang suami isteri yang mempunyai 2 orang anak permpuan. Si kakak anat angkat, si adik anak kandung. Masa si adik berumur 5 tahun, si kakak yang berumur 12 tahun meninggalkan adiknya di sebuah stesen kereta api yang masa tu tengah crowded. Si kakak tinggalkan si adik kat stesen kereta api tu, n terus balik rumah. Pretend nothing happened. Pasangan suami isteri tadi cari anak kandung bermati-matian. Si kakak hanya mendiamkan diri. Sampailah 20 tahun kemudian, bila si adik berusaha menerangkan bahawa dialah si adik yang dicari oleh suami isteri tersebut. Tapi usaha si adik selalu dipatahkan oleh si kakak. Namun lama-kelamaan, kebenaran maik terbongkar. Tengah tunggu next episode.

Aku sangat terkesan dengan drama ni. X taulah sama ada para pelakon berlakon dengan sangat baik ataupun aku terlalu membayangkan aku berada dalam drama tu. Aku teramat bencikan si kakak, dan menyokong semua tindakan si adik. Bahkan aku rasa tindakan si adik belum cukup untuk membalas perbuatan si kakak. Harap penamatnya memuaskan.

Hanya...

Dalam hidup ni, x semua yang kita nak, kita akan dapat. Setiap orang macam tu. Semuanya kena usaha. Haiwan pun x akan dapat apa yang dia nak, kalau dia x usaha. Singa x akan dapat makan kalau dia x pergi memburu. Masa pergi memburu pulak, kalau dia x berusaha 'mengatur' strategi, x dapatlah dia makan.

Just like another normal human being, aku hanya pandai bercakap. hakikatnya banyak benda dalam hidup ni yang aku x puas hati. Haha... Well, kena terimalah dengan seadanya. Jiwa selalu berperang, mengatakan ini x betul, itu x betul. Jadi apa yang betul? Hakikatnya aku sendiri x tahu. Hanya Dia yang Maha Tahu.

Dalam hidup, banyak perkara yang telah dan akan dipelajari. Terpulang pada diri untuk menghadapi perkara tersebut. Bila positif diri, maka positiflah hidup. Bila negatif diri, maka negatiflah hidup. Suka, duka, airmata, tawa menjadi rempah yang menambahkan perasa dalam hidup.

Something happened, always said, let bygone be bygone. Tapi hakikatnya, saban hari perkara tersebut masih difikirkan. Dalam otak yang kecil ini, akan timbul hanya satu soalan yang tidak mampu dijawab, WHY? Bagaikan ketagihan yang melegakan, walaupun tiada jawapan yang pasti dapat diberikan.

Sering mempersoalkan setiap perkara yang berlaku dalam hidup. Jari menuding ke arah semua sudut. Tapi jarang sekali jari mengarah mencari penyelesaian, mencari jalan memperbetulkan kesilapan, menyelesaikan permasalahan. Ego menguasai diri.    

Bersyukur padaNya, jarang sekali. Meminta kepadaNya, tidak terhitung. Hanya diri sendiri yang penting. Manusia keliling diketepikan. Ia satu keperluan, bukannya kehendak. Jangan menipu diri sendiri. jujur dengan diri, dapatlah diri diperbaiki. Hadapi diri. Pandangan orang diambil kira, bukan diambil berat. Kerana mereka sama sahaja seperti aku.

13 Julai 2012

Hari ni ayah x keje coz sekolah suraya ada buat hari pengambilan report card. N setelah 3 minggu ayah keje syif pagi, hari ni baru dapat pegi pejabat pos, nak amik aku punya surat berdaftar, yang smpai kat rumah aku minggu lepas. Seminggu jugaklah surat tu terperap kat pejabat pos. Sori posmen, bukan sengaja. Cuma xda masa. Pagi2 jam 8, dah kluar naik moto. Bukan aku yang bawak ye. Pergi pejabat pos kapar coz surat berdaftar tu dia suruh amik kat kapar. Cuak jugak mula2. Ingatkan surat penting sangat. Rupa2nya surat dari PTPTN. Pentinglah jugak. Lepas amik surat, terus melencong pergi ke pasar kat meru. Sesak betul. Almaklumlah, namapun pasar. Btw, aku memang suka pergi pasar2 ni, walaupun x tau nak beli apa. Tapi sekali beli, mak aiii... X padan dengan moto. Gaya macam bawak lori je datang pasar ni. Then, pegi sarapan makan roti canai n teh tarik 1. Aku punya teh tarik tu. Gilalah. Boleh plak sembang pasal negara kat tempat orang ramai macam tu. Pasal parlimen n adun. Tapi xpe, paham lah jugak aku sket2 psal negaraku tercinta ni. Habis sarapan, terus pegi beli ayam, coz ayah nak buat sup. Terbalik dah ni. Sepatutnya aku yang kena buat. Ni x. Isk3~

Otw balik rumah, tepon bunyi. Ouh, maaf. X dapat nak jawab. Saya tengah berada di atas jalan raya.

1 tahun, 11 tahun, 21 tahun

Ada 3 kategori umur kat sini. Bayi (1 tahun), kanak-kanak (11 tahun) dan remaja (21 tahun). Pagi-pagi ni tetiba terpikir pasal tajuk ni. (Sebenarnya dalam mood bersedih sebab hari ni balik kampung. N kucing-kucing yang aku bela selama 4 bulan ni akan dihantar ke kampung sebab lepas aku sambung masuk U, adik2 aku xde yang nak jaga. Know what i feel right now? 100% angry. Kenapa bawak balik kucing tu kalau x sanggup nak jaga? Ni x. Lepas aku jaga baik2, spend time dengan kucing2 tu, diorang nak 'buang' kucing tu plak. Mood sangat kecewa.)

Situasi: Main mercun
1 Tahun: *tutup telinga* *lari masuk rumah* *menangis*
11 Tahun: Yay! Yay! main mercun. Nak main jugak...
21 Tahun: Jangan main mercun tu!! bahayalah. Kalau kena tangan macam mane? Bising tau x? Pikir jiran2 sebelah rumah. Bakar mercun tu ibarat bakar duit mak bapak korang (Fuhhh... pjg btol)


Situasi: Tengok TV
1 Tahun: *teletubbies* *x pandang pun TV tu*
11 Tahun: Habis satu rancangan kartun, terus sambung rancangan kartun yang lain. Selagi TV x meletup, selagi tu, TV tu harus beroperasi. (x larat nak senaraikan kartun2 yang ada. Banyak sangat)
21 Tahun: CSI, Harry Potter, Drama, Sinetron, Anime, Bertita, Sukan, Politik (Kalau boleh, kalau ada 10 channel TV, nak ada 10 biji TV jugak coz dapat tengok semua cerita yang ada).


Situasi: Makanan
1 Tahun: *makan je apa yang ada depan mata, x kiralah benda tu boleh makan atau x* *meja, kerusi, lantai, semuanya nak dirasa*
11 Tahun: Nak itu, nak ini. X nak makan sayur. Nak jajan. *kalau x dapat, menagis, merajuk, hentak2 kaki*
21 Tahun: Western food, Chinese food, Indian food, Italian food, Maggi, *selagi ada duit, smua makanan nak ditelan*


Situasi: Kawan
1 Tahun: *Main je dengan sesape, walaupun x kenal, asalkan ada mainan yang menarik hati*
11 Tahun: *start pilih kawan yang sebulu* *Main dengankawan sampai x ingat dunia, x ingat makan, x ingat tidur* *Gaduh sikit, x nak kawan. Esoknya main cam biasa*
21 Tahun: *inerview semua orang, cari siapa yang sesuai dijadikan kawan* *Pelbagai drama dan filem berlaku especially bab2 negatif* *mula timbul istilah makan makan kawan, best friend forever, enemy, dan sebagainya* *Start ada 'list' kategori orang*


Situasi: Komputer / Laptop
1 Tahun: *main tekan2, sampai rosak* *x pandang pun*
11 Tahun: *main game, selagi laptop x meletup, selagi tu akan main game*
21 Tahun: *Internet 24 jam.* *laman sosial sebagai medan meluahkan perasaan, perbincangan perkara serius ataupun santai* *muzik*



Situasi: Duit
1 Tahun: *renyuk2, makan/masuk dalam mulut*
11 Tahun: *dapat duit, terus pergi kedai, habiskan duit semata-mata untuk beli keropok n gula2*
21 Tahun: *spend duit untuk pakaian, gadget, makan, jalan2* *bila dah xde duit, duduk bilik, makan megi*


Situasi: Pakaian
1 Tahun: *pakai je apa yg mak pakaikan* *x pakai apa2*
11 Tahun: *pakai je apa yg mak bagi*
21 Tahun: "ish, ni x cantiklah, x ikut trend" "eiii, malulah nak pakai baju ni, nanti apa orang kata" *baju2 berjenama menjadi pilihan* *biar papa, asal bergaya*

(to be continue, sebab mengantuk, otak x boleh berfikir)


Situasi:
1 Tahun: 
11 Tahun: 
21 Tahun: 







Thursday, July 12

Esok


Akhirnya hari yang dinanti-nanti bakal menjelma. X sampai 24 jam je lagi. Hari keputusan yang bakal menempatkan masa depan aku. Mayb sebahagian masa depan aku. Hmmm...



Nak sedia link awal2. Esok trus klik je...

hotline at 03-8870 6767
Helpline at 03-8870 6777
SMS 'UPU RESULT (IC No)' to 15888


Sangat bersemangat di situ. Perasaan sekarang? X de pape perasaan pun. Y? Nak buat camne, memang xde rasa apa2... Mayb coz x nak terlalu mengharap. *tettt* tipu. Aku harap sangat2 dapat masuk UPM. Bukan apa, aku memang dah bayang aku ada kat serdang since aku masuk UPMKB dulu. Bukanlah memilih, tapi aku nak macam tu. Nak buat camna. Haihhh... Kalau.. kalau dapat U lain pun, aku still bersyukur. At least dapat jugak further study... 




Harap kawan-kawan aku pun akan dapat result yang diorang mahukan. Sama-sama study kat tempat sama. Biarlah sama-sama berjaya. Kalau sama-sama masuk U yang sama pun best jugak. Waaaa...

 

Saturday, July 7

Result UPU


Penantian tu memang menyeksakan. Apatah lagi kalau menanti sesuatu yang akan menentukan hidup dan masa depan diri sendiri. Cuak2... Tinggal seminggu je lagi before result UPU akan keluar. Nervous ada. Takut ada. Happy pun ada sebab x payah nak tunggu lama2 lagi. Hanya dapat mengharapkan yang terbaik. Aku dah lakukan semampu boleh dah sebelum ni. Walaupun hakikatnya banyak lagi yang perlu aku pertingkatkan. Almaklumlah, namapun manusia kan. Sentiasa rasa x puas hati. Ecece...


Sebenarnya aku xda target apa2. But, aku akan terus fokus dalam bidang degree yang akan/kalau aku dapat nanti. Aku xnak masih terumbang-ambing macam masa diploma dulu. Seksa tau. Asyik fikir, lepas ni nak buat apa? Patut ke aku amik ni? Kalau dapat degree ni, aku nak fokus sampai dapat master kalau boleh. Kalau x dapat master pun, aku akan terus kerja dalam bidang degree yang aku dapat. Aku x nak buang masa dah. Dah banyak masa aku buang masa diploma dulu. 

Semoga semuanya berjalan lancar... Amin...

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾