Photobucket

Monday, March 23

Perbandingan

Pernah rasa diri dibanding-bandingkan dengan orang lain? Mustahil kalau x pernah. Baik oleh orang yang terdekat mahupun yang jauh. Apa perasaan? Rimas? Suka? Tercabar? Terasa?

Itu lumrah kehidupan. Manusia sentiasa rasa x cukup dengan apa yang dipunya. Akibatnya, manusia sentiasa ingin membandingkan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Hanya untuk kepuasan diri. Jika diambil dari sudut positif, kita akan sentiasa mara ke hadapan. Namun, jika diambil dari sudut negatif, manusia akan merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan. Yang lebih teruk akan ada perasaan cemburu dan perasaan riak ataupun perasaan ingin melihat orang lain gagal.

Jangan dibiasakan membanding-bandingkan kelebihan dan kelemahan seseorang. Setiap manusia ada perangainya. Ada keunikannya. Ada kebaikannya. Dan ada juga keburukannya.

Hari tu ada terdengan sedikit ceramah dari tv mengenai menantu perempuan yang bekerja vs menantu perempuan yang tidak bekerja. Ibu mertua ni melebihkan menantu yang bekerja atas alasan dia ialah menantu pilihannya, manakala menantu yang tidak bekerja bukanlah menantu pilihannya. Menantu yang bekerja sentiasa dianakemaskan, manakala menantu yang tidak bekerja sentiasa dianaktirikan. Jika dilihat dari segi kewangan, menantu yang bekerja mampu membantu suaminya menambah pendapatan keluarga. Menanu yanh tidak bekerja tidak mampu untuk membantu menambah pendapatan keluarga dan meringankan beban suaminya. Namun, jika dilihat dari segi penjagaan anak, menantu yang tidak bekerja adalah lebih baik kerana akan menjaga anak itu dari anaknya meniarap sehinggalah dapat menggenggam segulung ijazah. Manakala bagi menantu yang bekerjaya, adalah lazim bagi mereka untuk menghantar bayi yang masih kecil ke rumah asuhan, sehingga anak itu memasuki sekolah rendah.

Perbandingan itu baik, namun perlu kena pada cara dan tempatnya. Perbandingan mampu melonjakkan pemikiran ke arah yang lebih baik, tetapi perbandingan juga mampu menjatuhkan seseorang hingga tersungkur. Jadi, berpada-padalah dalam membuat perbandingan.

-BSAL-
230315 01:29
3103

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾