Photobucket

Thursday, February 28

sdikit cerita mengenai ayah....

sdikit cerita mengenai ayah....

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


ALLAH aturkan antara kita pertemuan...

[✓] Dlm 1 pertemuan hadir 2 hati = saya & awak
[✓] Dlm 2 hati , Allah berikan 3 rasa = sayang , kasih & cinta
[✓] Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan , berteman , berkawan & bersama
[✓] Dlm 4 tujuan itu , tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi
[✓] Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = jujur , kekal , setia , mengerti , menghargai & mengingati
[✓] Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu SAHABAT 


-facebook-


-facebook-

Kem Tahunan Junior Intake 34

What can I say... 2 minggu yang saaaaangat best dan sangat bermakna untuk aku. Permulaan tahun 2013 yang sangat baik. Haha... Memang x salah keputusan aku untuk join Palapes. Tercapai jugak hajat aku untuk pegang senjata, rasa sendiri 'camping' dalam hutan berhari-hari tanpa guna khemah yang sempurna.

 Seminggu lebih just duduk di markas. Jalani ujian bertulis n ujian senjata. Merangkak-rangkak aku nak buat ujian senjata. Cuak asyik kena sergah je dengan YO. Tapi, Alhamdulillah. Lepas lah kot. haha... Ujian bertulis plak. Tak payah cakap. Memang fail. Baca buku 10 minit before exam. X taulah macam mana resultnya. Lepas je ujian2 segala, terus 'bekerja' seperti biasa. X lain x bukan sebagai fitik. Macam-macam fitik ada. Fitik cookhouse, ransum, senior n inter. Untuk fitik senior n inter ni, junior just tolong set up tempat diorang ujian. Penat jangan cakap. Kalau dah minat, penat macam mana pun sanggup. Haha... Nak tercabut tulang-belulang buat semua kerja, tapi happy je. Banyak pengalaman dapat masa kem ni. Baru tahu serba sedikit kehidupan seorang askar. Betapa tabahnya askar-askar menjalankan tanggungjawab mereka. Aku yang hanya sebagai pegawai simpanan pun dah rasa sangat penat, askar tetap apatah lagi. Tabik springlah kat askar2 sekalian...

Beberapa hari berkampung kat area Sungkai n Tapah. Buat latihan medan dekat hutan. Dengan hujan lebat waktu malam. Dan dengan agas yang menyerang. X lupa jugak kepada pacat2 yang bertandang. Fuhh... pengalaman yang x akan dapat kat tempat lain. Masa seminggu lebih kat markas, rasa macam masa berlalu dengan sangat lambat. Tapi bila kat hutan, rasa masa berlalu sepantas kilat. Sedar-sedar je, dah kena balik ke markas. Sekejap sangat rasanya. Tapi masa yang sekejap nilah, masa yang sangat berharga bagi aku. Dapat mengenal kawan dengan lebih dekat. Dapat pupuk kerjasama yang x pernah aku rasa sebelum ni. Walaupun majoriti lebih muda dari aku, sikap tolak ansur dan saling membantu dan ambil berat yang ada membuatkan aku x rasa kekok. 

Baru beberapa bulan kami kenal. Tapi ikatan yang terjalin seperti kami telah kenal selama bertahun-tahun lamanya. Mungkin ikatan ini lagi kukuh dari ikatan-ikatan yang pernah terbina sebelum ni. Tipu kalau x ada cerita duka. Tipu kalau x ada cacat cela. Tapi perkara positif yang berlaku sepanjang kem ni, dah lebih dari cukup untuk menutup pandangan terhadap perkara-perkara yang negatif. Harap ikatan yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat. 

28022013 11:08PM

Second week of 2nd semester... Fuhh, baru 2 minggu tapi rase macam dah lame pulak kat sini. Mane x nye, 1st week lagi dah busy dengan training. Dengan daftar kursus lagi yang tunggang langgang. Ingatminggu ni xde training, bolehlah nak relax2, tapi ada event pulak. X boleh nak salahkan sesape, Sendiri yang nak pergi. Of coz la kena pegi kan. Bukan senang nak pegi tengok demonstrasi Tentera Darat kat PD tu. X sabar nak pegi. Klau x pegi PD pun, kolej ada program jugak minggu ni. Fakulti pun ada program jugak hujung minggu ni. Walla... Macam xda masa lain je kan... isk3~ Need to get out for a while...

Laptop buat perangai pulak. Terpaksa hantar pegi ICU. Motherboard rosak. Pening kepala nak kene pikir pasal laptop. Nasib baik sekarang x banyak asignment. Banyak x banyak pun, internet tu penting jugak. Jenuhlah kalau hari-hari kene gi kafe semata-mata nak cari satu-satu info.

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾