Photobucket

Saturday, August 4

Women In The Sun

Women In The Sun, 2008

Drama Korea bertajuk Women In The Sun. Aku tertengok ep 1st drama ni kat KBS bulan lepas. N then ak x ikut sangat smpailah satu hari, aku tetengok balik drama ni. Ep 11 kalau x silap.Walaupun x tengok 9 episode, tapi aku dapat tangkap cerita tu. Tentang sepasang suami isteri yang mempunyai 2 orang anak permpuan. Si kakak anat angkat, si adik anak kandung. Masa si adik berumur 5 tahun, si kakak yang berumur 12 tahun meninggalkan adiknya di sebuah stesen kereta api yang masa tu tengah crowded. Si kakak tinggalkan si adik kat stesen kereta api tu, n terus balik rumah. Pretend nothing happened. Pasangan suami isteri tadi cari anak kandung bermati-matian. Si kakak hanya mendiamkan diri. Sampailah 20 tahun kemudian, bila si adik berusaha menerangkan bahawa dialah si adik yang dicari oleh suami isteri tersebut. Tapi usaha si adik selalu dipatahkan oleh si kakak. Namun lama-kelamaan, kebenaran maik terbongkar. Tengah tunggu next episode.

Aku sangat terkesan dengan drama ni. X taulah sama ada para pelakon berlakon dengan sangat baik ataupun aku terlalu membayangkan aku berada dalam drama tu. Aku teramat bencikan si kakak, dan menyokong semua tindakan si adik. Bahkan aku rasa tindakan si adik belum cukup untuk membalas perbuatan si kakak. Harap penamatnya memuaskan.

Hanya...

Dalam hidup ni, x semua yang kita nak, kita akan dapat. Setiap orang macam tu. Semuanya kena usaha. Haiwan pun x akan dapat apa yang dia nak, kalau dia x usaha. Singa x akan dapat makan kalau dia x pergi memburu. Masa pergi memburu pulak, kalau dia x berusaha 'mengatur' strategi, x dapatlah dia makan.

Just like another normal human being, aku hanya pandai bercakap. hakikatnya banyak benda dalam hidup ni yang aku x puas hati. Haha... Well, kena terimalah dengan seadanya. Jiwa selalu berperang, mengatakan ini x betul, itu x betul. Jadi apa yang betul? Hakikatnya aku sendiri x tahu. Hanya Dia yang Maha Tahu.

Dalam hidup, banyak perkara yang telah dan akan dipelajari. Terpulang pada diri untuk menghadapi perkara tersebut. Bila positif diri, maka positiflah hidup. Bila negatif diri, maka negatiflah hidup. Suka, duka, airmata, tawa menjadi rempah yang menambahkan perasa dalam hidup.

Something happened, always said, let bygone be bygone. Tapi hakikatnya, saban hari perkara tersebut masih difikirkan. Dalam otak yang kecil ini, akan timbul hanya satu soalan yang tidak mampu dijawab, WHY? Bagaikan ketagihan yang melegakan, walaupun tiada jawapan yang pasti dapat diberikan.

Sering mempersoalkan setiap perkara yang berlaku dalam hidup. Jari menuding ke arah semua sudut. Tapi jarang sekali jari mengarah mencari penyelesaian, mencari jalan memperbetulkan kesilapan, menyelesaikan permasalahan. Ego menguasai diri.    

Bersyukur padaNya, jarang sekali. Meminta kepadaNya, tidak terhitung. Hanya diri sendiri yang penting. Manusia keliling diketepikan. Ia satu keperluan, bukannya kehendak. Jangan menipu diri sendiri. jujur dengan diri, dapatlah diri diperbaiki. Hadapi diri. Pandangan orang diambil kira, bukan diambil berat. Kerana mereka sama sahaja seperti aku.

13 Julai 2012

Hari ni ayah x keje coz sekolah suraya ada buat hari pengambilan report card. N setelah 3 minggu ayah keje syif pagi, hari ni baru dapat pegi pejabat pos, nak amik aku punya surat berdaftar, yang smpai kat rumah aku minggu lepas. Seminggu jugaklah surat tu terperap kat pejabat pos. Sori posmen, bukan sengaja. Cuma xda masa. Pagi2 jam 8, dah kluar naik moto. Bukan aku yang bawak ye. Pergi pejabat pos kapar coz surat berdaftar tu dia suruh amik kat kapar. Cuak jugak mula2. Ingatkan surat penting sangat. Rupa2nya surat dari PTPTN. Pentinglah jugak. Lepas amik surat, terus melencong pergi ke pasar kat meru. Sesak betul. Almaklumlah, namapun pasar. Btw, aku memang suka pergi pasar2 ni, walaupun x tau nak beli apa. Tapi sekali beli, mak aiii... X padan dengan moto. Gaya macam bawak lori je datang pasar ni. Then, pegi sarapan makan roti canai n teh tarik 1. Aku punya teh tarik tu. Gilalah. Boleh plak sembang pasal negara kat tempat orang ramai macam tu. Pasal parlimen n adun. Tapi xpe, paham lah jugak aku sket2 psal negaraku tercinta ni. Habis sarapan, terus pegi beli ayam, coz ayah nak buat sup. Terbalik dah ni. Sepatutnya aku yang kena buat. Ni x. Isk3~

Otw balik rumah, tepon bunyi. Ouh, maaf. X dapat nak jawab. Saya tengah berada di atas jalan raya.

1 tahun, 11 tahun, 21 tahun

Ada 3 kategori umur kat sini. Bayi (1 tahun), kanak-kanak (11 tahun) dan remaja (21 tahun). Pagi-pagi ni tetiba terpikir pasal tajuk ni. (Sebenarnya dalam mood bersedih sebab hari ni balik kampung. N kucing-kucing yang aku bela selama 4 bulan ni akan dihantar ke kampung sebab lepas aku sambung masuk U, adik2 aku xde yang nak jaga. Know what i feel right now? 100% angry. Kenapa bawak balik kucing tu kalau x sanggup nak jaga? Ni x. Lepas aku jaga baik2, spend time dengan kucing2 tu, diorang nak 'buang' kucing tu plak. Mood sangat kecewa.)

Situasi: Main mercun
1 Tahun: *tutup telinga* *lari masuk rumah* *menangis*
11 Tahun: Yay! Yay! main mercun. Nak main jugak...
21 Tahun: Jangan main mercun tu!! bahayalah. Kalau kena tangan macam mane? Bising tau x? Pikir jiran2 sebelah rumah. Bakar mercun tu ibarat bakar duit mak bapak korang (Fuhhh... pjg btol)


Situasi: Tengok TV
1 Tahun: *teletubbies* *x pandang pun TV tu*
11 Tahun: Habis satu rancangan kartun, terus sambung rancangan kartun yang lain. Selagi TV x meletup, selagi tu, TV tu harus beroperasi. (x larat nak senaraikan kartun2 yang ada. Banyak sangat)
21 Tahun: CSI, Harry Potter, Drama, Sinetron, Anime, Bertita, Sukan, Politik (Kalau boleh, kalau ada 10 channel TV, nak ada 10 biji TV jugak coz dapat tengok semua cerita yang ada).


Situasi: Makanan
1 Tahun: *makan je apa yang ada depan mata, x kiralah benda tu boleh makan atau x* *meja, kerusi, lantai, semuanya nak dirasa*
11 Tahun: Nak itu, nak ini. X nak makan sayur. Nak jajan. *kalau x dapat, menagis, merajuk, hentak2 kaki*
21 Tahun: Western food, Chinese food, Indian food, Italian food, Maggi, *selagi ada duit, smua makanan nak ditelan*


Situasi: Kawan
1 Tahun: *Main je dengan sesape, walaupun x kenal, asalkan ada mainan yang menarik hati*
11 Tahun: *start pilih kawan yang sebulu* *Main dengankawan sampai x ingat dunia, x ingat makan, x ingat tidur* *Gaduh sikit, x nak kawan. Esoknya main cam biasa*
21 Tahun: *inerview semua orang, cari siapa yang sesuai dijadikan kawan* *Pelbagai drama dan filem berlaku especially bab2 negatif* *mula timbul istilah makan makan kawan, best friend forever, enemy, dan sebagainya* *Start ada 'list' kategori orang*


Situasi: Komputer / Laptop
1 Tahun: *main tekan2, sampai rosak* *x pandang pun*
11 Tahun: *main game, selagi laptop x meletup, selagi tu akan main game*
21 Tahun: *Internet 24 jam.* *laman sosial sebagai medan meluahkan perasaan, perbincangan perkara serius ataupun santai* *muzik*



Situasi: Duit
1 Tahun: *renyuk2, makan/masuk dalam mulut*
11 Tahun: *dapat duit, terus pergi kedai, habiskan duit semata-mata untuk beli keropok n gula2*
21 Tahun: *spend duit untuk pakaian, gadget, makan, jalan2* *bila dah xde duit, duduk bilik, makan megi*


Situasi: Pakaian
1 Tahun: *pakai je apa yg mak pakaikan* *x pakai apa2*
11 Tahun: *pakai je apa yg mak bagi*
21 Tahun: "ish, ni x cantiklah, x ikut trend" "eiii, malulah nak pakai baju ni, nanti apa orang kata" *baju2 berjenama menjadi pilihan* *biar papa, asal bergaya*

(to be continue, sebab mengantuk, otak x boleh berfikir)


Situasi:
1 Tahun: 
11 Tahun: 
21 Tahun: 







My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾