Photobucket

Thursday, March 31

pernah kah kita terfikir?? -grand dinner-


‘Fenomena masquerade’ pernah melanda negara kita.
Tahukah anda masquerade berasal dari pesta topeng yang dijalankan secara turun temurun oleh kelompok bangsawan eropah pada satu ketika dulu? Apakah kaitan pesta topeng ini dengan festival St. Stephen’s Day yang diraikan pada 26 Disember setiap tahun?


----------
Okey, kita sudah memasuki tahun baru, maka kebanyakan institusi pendidikan di negara kita semestinya sudah melangkah ke semester kedua. Pada waktu ini, sudah pasti kebanyakan organisasi pelajar pulun menyiapkan satu majlis yang dinamakan grand dinner. Eloklah kita berbincang perkara ini terlebih awal bagi memastikan mereka tidak tersengaja menukarkan majlis mereka menjadi ‘grand mungkar’.
Buat sesiapa yang belum tahu, grand dinner di universiti, kolej dan juga terdapat di sebahagian sekolah merupakan satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar senior yang bakal meninggal pembelajaran di institusi tersebut untuk suatu kos, fakulti atau kelas. Pada luaran, majlis ini tampak molek tetapi malangnya majlis ini dicemari dengan pelbagai anasir ‘tambahan’ yang tak sepatutnya.

Tema
Tema menjadi perkara wajib untuk dibincangkan dalam suatu grand dinner. Selalunya yang menjadi pilihan selalunya adalah yang ‘unik’ dan ‘luar biasa’. Tema seperti retroenglish atau black and white mungkin lebih kontemporari berbanding tema batik, tradisional, ketimuran dan sebagainya. Tema sebegini tidak menjadi masalah namun yang hendak kita bincangkan di sini adalah tema yang lahir akibat daripada pemikiran yang terlebih ‘kreatif’. Tema sebegini yang sering dipilih sejak akhir-akhir ini agak merapu dan secara ‘kebetulan’ pula menyamai penampilan kaum kuffar. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari mereka”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Pakaian
Juga akibat daripada tema yang terpilih terlampau agak unik, sudah menjadi satu kerja pula hendak memadankan dengan pakaian. Maka dengan itu, ramai bersusah payah hendak mencari pakaian yang sesuai, kononnya ingin mengikut tema yang dikehendaki. Dan apabila ‘terbeli’ pakaian yang terlampau unik, dengan harga beratus-ratus, tambah pula ianya hanya boleh dipakai semasagrand dinner sahaja, bukankah ia jatuh dalam kategori membazir?
Sekali lagi, muslimah tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Muslimah yang sebelum ini terkenal dengan tudung labuhnya, mula menyingkat sedikit tudungnya. Muslimah yang sebelum ini berpakaian serba longgar, memilih pula untuk berpakaian ketat. Muslimah yang agak janggal bermekap, mula berjinak-jinak dengan mekapnya. Bagi mereka inilah peluang yang susah ditemui, apa salahnya sekali sekala, setahun sekali pula. Tidak syak lagi, walau apa pun alasan, muslimah yang mengenakan perhiasan keterlaluan sebegini untuk dipertunjukkan pada orang awam jatuh pada kategori tabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dan paling menggusarkan adalah mereka yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan ini sering menjuarai anugerah yang mereka panggil King & Queen. 'Terima kasih' buat mereka yang menggalakkan orang ramai berpakaian sedemikian.

Persembahan
Nasyid? Dikir barat? Ahhh, lupakan sahaja kerana agak ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat majmuk, maka sudah tentu persembahan yang boleh diterima semua kaum menjadi pilihan. Akibat daripada sikap terlebih bertoleransi ini, maka nyanyian, joget dan tarian menjadi tidak menjadi masalah buat mereka. Lebih-lebih kaum perempuan diberi ‘tiket’ untuk menunjukkan bakat terpendam mereka sekaligus mampu menarik perhatian ramai. Buktinya, apabila tamat persembahan, satu dewan gamat bersorak tanda restu mereka. Padahal Allah SWT telah berfirman dengan jelas sekali:

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Berdasarkan ayat di atas , maka suara wanita yang sengaja dilembutkan dan dimerdukan serta dimanjakan , hukumnya adalah tidak boleh diperdengarkan kepada khalayak lelaki apatah lagi jika ianya boleh membawa kepada fitnah dan membangkitkan nafsu. Tampilnya muslimah untuk menyanyi dan menari di pentas bererti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga berertimenempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram.


Sesi bergambar
Sedangnya berlangsungnya majlis, pasti ada selitan bergambar atau dibuat khas sesi bergambar pada penghujungnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya hendak bergambar-gambar demi kenangan. Tetapi yang tidak moleknya, apabila mereka ini bergambar ‘berlebih-lebihan’ dan ini mencetuskan kebimbangan. Sesetengah daripada mereka di antara lelaki dan perempuan sudah tidak ada ‘dinding’, bagaikan suami isteri pula. Sudahlah bergambar dengan pakaian ter’over’, mendedah aurat satu hal, kemudian menjadi rutin pula menyebarkan segala bagai gambar kenangan ke dalam rangkaian sosial seperti facebook, blog dan sebagainya. Kita bimbang apabila individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib seperti mana disebut oleh Rasulullah SAW dalam suatu hadis:

“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



----------
Jelas sekali, grand dinner yang selalu kita bangga-banggakan selama ini lengkap sebagai satu pakej yang mengundang ke jalan kemaksiatan. Amat menghairankan sekali, grand dinner sebegini yang disukai ramai sehingga tanpa segan silu diberi taraf 5 bintang. Kita tidak pernah cuai dalam menunaikan solat, tidak pernah ketinggalan berjemaah ke masjid, senantiasa berpakaian menutup aurat, tetapi apabila tibanya grand dinner, kita hancur sama sekali.
Jadi apa yang disimpulkan di sini adalah kita sebagai umat Islam perlulah bertindak menghayati segala garis panduan yang ditetapkan Allah dan RasulNya dalam kesemua aspek kehidupan. Penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya.
Maka, selepas ini kita nilaikan semula sebarang grand dinner yang hendak kita anjurkan. Kita hendak meraikan para senior, bukan hendak meraikan maksiat. Kita hendak melangsungkan grand dinner, bukan grand mungkar! Sekian.



Monday, March 28

Tahukah Anda Tentang Israel?

1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang berada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi.
4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu
6. Tahukah anda bahawa Amerika memberi dana sebanyak 5 million USD setiap tahun  untuk   Israel?


7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 18 million USD setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di Benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 million USD dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia  memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandiriannya.
F16
Apache
Blackhawk
9. Tahukah anda bahawa pemimpin Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.

akuislam.com

11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, mereka sudah memiliki kilang untuk membina senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Jeneral Tertinggi Israel, mengakui secara terang-terangan bahawa tentera  Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan
13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan  kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil  tindakan  terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
"The USS Liberty incident was an attack on a United States Navy technical research shipUSS Liberty, byIsraeli Air Force jet fighter aircraft and Israeli Navy torpedo boats, on June 8, 1967, during the Six-Day War. The combined air and sea attack killed 34 crew members (naval officers, seamen, two Marines, and one civilian), wounded 170 crew members, and severely damaged the ship. At the time, the ship was ininternational waters north of the Sinai Peninsula, about 25.5 nmi (29.3 mi; 47.2 km) northwest from the Egyptian city of Arish.
Both the Israeli and U.S. governments conducted inquiries and issued reports that concluded the attack was a mistake due to Israeli confusion about the identity of the USS Liberty. Some survivors, in addition to some U.S. diplomats and intelligence officials involved in the incident continue to dispute these official findings, saying the Israeli attack on the USS Liberty was not a mistake, and it remains "the only maritime incident in U.S. history where [U.S.] military forces were killed that was never investigated by the [U.S.] Congress."
In May 1968, the Israeli government paid US$3,323,500 as full payment to the families of the 34 men killed in the attack. In March 1969, Israel paid a further $3,566,457 in compensation to the men who had been wounded. On 18 December 1980, it agreed to pay $6 million as settlement for the U.S. claim of $7,644,146 for material damage to the Liberty itself.
Purportedly, on December 17, 1987, the issue was officially closed by the two governments through an exchange of diplomatic notes" 

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi  PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?


15. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai suspek didalam kes  pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua

16. Tahukah anda bahawa pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarah setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan Khas dari pemerintah Israel?
sila rujuk : 
17. Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk  menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah
18. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David Ben Gorion bersepakat dalam pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel?
19. Tahukah anda bahwa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin? bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah radio terbesar Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya  dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”
20. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan didalam proses soalsiasat, tetapi Shin Bet (Skuad  Khas Israel) tetap menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses soalsiasatnya
"Shabak is believed to have three operational wings
  • The Arab Affairs Department: responsible primarily for Arab related counter-terrorism activities in both Israel and the Palestinian Territories.
  • The Non Arab Affairs Department: responsible for non-Arab security issues and cooperation with foreign security agencies, previously concerned with the Communist Bloc.
  • The Protective Security Department: responsible for protecting high-value individuals and locations in the country such as government officials, embassies, airports, and research facilities.
Although Shin-Bet is a security agency, it is not a part of the Israeli Ministry of Defense, and its chief answers directly to the Prime Minister of Israel."

21. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar  dan merosak seluruh  prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbanyak di dunia yang penduduknya bergelar doktor?
22. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM  yang diterbitkan pada tanggal 10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalangi dengan perjanjian OSLO.
23. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal fakta yang sebenarnya adalah  Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangan  itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.
24. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu – satunya negara penjajah yang  tidak terikat dengan konvensyen  Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal Palestin
25. Tahukah anda  Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.


Diedit oleh:

Friday, March 25

Ayuh Intai-intai Semula


Intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?
Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...
Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?
Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.
Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?
Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?
Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?
Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?
Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?
Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas  berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.
Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.
Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat  di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!
Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.
Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?
Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.
Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.
Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?
Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!


Hukum-hukum Cinta


Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.
Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.
Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.
Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.
Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.
Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.
Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.
Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.
Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.
Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.
Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.
Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.
Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.
Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.
Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.
Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.
Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.
Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.
Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.
Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.
Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!
Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.
Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.
Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.
Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!


My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾