Photobucket

Saturday, March 12

Tsunami 2004, 2011

Assalam... Entry kali ni panjang sket...

1) Tsunami 2004

Mesti ramai lagi yang ingat tentang peristiwa gempa bumi yang berlaku kat Acheh pada tanggal 26 disember 2004 (ahad). Kenapa rakyat Malaysia ingat tentang tsunami tu? Kerana pada tanggal itulah, Malaysia buat pertama kalinya menerima tsunami, hasil daripada gempa bumi yang berlaku kat Acheh. Tsunami tersebut melanda Pulau Pinang, Perak, Selangor dan juga Perlis (http://cthurairah.blogspot.com/2004/12/45-maut-tsunami-ombak-besar-landa.html). Mengikut maklumat, gempa bumi tersebut mencapai 9.0 skala ritcher (dikategorikan sebagai gempa bumi yang kuat) sekitar 8.59 pagi waktu Malaysia. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_26_Disember_2004). Ombak yang melanda Malaysia dilaporkan mencapai ketinggian 6 meter, manakala ada sesetangah lokasi yang ombaknya mencapai sehingga 10 meter!!!
SubhanAllah!!! 

Masa ni aku baru form 1. Aku ingat lagi masa ni aku tengah duduk atas kerusi kat kelas sambil menundukkan kepala. Tetiba je aku rasa kelas bergoyang n kepala rasa pening sangat. Then, aku tanya orang lain, korang rasa x ape yang aku rase. Manala tau kot2 aku je yang rasa. Rupa2 nya diorang pun rasa gak. Esoknya, aku dapat berita pasal tsunami n gempa bumi kat acheh tu. Ya Allah, kuat giler gempa bumi tu. Sampai Malaysia pun rasa skali. Memang patut pun sekolah kitorang rasa gegaran tu, coz kitorang memang betol2 ada kat tepi selat melaka. Tapi Alhamdulillah, xde pape yang terjadi. Yang paling teruk aku dengar, kat penang. Aku x dapat bayangkan kalau berlaku tsunami kat tempat aku. Semoga roh mereka yang terbabit dalam tsunami tu dicucuri rahmat oleh Yang Esa.

2) Tsunami 2011

Sekali lagi aku dikejutkan dengan berita gempa bumi kuat yang berlaku di Jepun di Pantai Timur Honshu pada tarikh 11 Mac 2011(Jumaat) jam 1.46 petang. Dikhuatiri Malaysia dan Indonesia akan menerima tempias akibat gempa bumi tersebut. Bermaksud, mungkin berlaku tsunami kedua bagi Malaysia. "Gempa bumi 8.9 magnitud di luar pantai negara matahari terbit itu mencetuskan tsunami setinggi 10 meter dengan diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam berikutnya termasuk gempa susulan dengan kekuatan lebih 6.0 magnitud.""Polis Jepun memberitahu sejumlah 200 hingga 300 mayat telah ditemui di pantai timur laut negara itu yang dilanda gempa bumi dan tsunami." (http://www.hmetro.com.my/articles/LebihbanyakmayatditemuidiJepun/Article). 

Ada yang kata, ada amaran tsunami di Sabah n Sarawak. Sekarang ni pun, tengah hujan lebat. Cuma x selebat petang tadi. Petang tadi, maybe dalam 6 (x ingat sangat) hujan lebat giler. Dengan guruh berdentum sampai bergegar jugak tingkap bilik ni. MasyaAllah!!! Untuk kali keduanya, aku merasa kesan gempa bumi yang berlaku di negara lain. Dan kali kedua ni, aku jugak berada di tepi laut. Memang jodoh aku dengan tsunami agaknya. Mintak dijauhkan... Esok exam, tapi langsung x trase nak ulangkaji. Risau dengan bencana alam ni. InsyaAllah xde pape yang akan berlaku kat Bintulu ni. 

Baru seminit yang lalu, aku perasan skala gempa bumi kat jepun ni sama dengan skala gempa bumi yang berlaku kat Acheh... 8.9 skala ritcher... hmmm...

Picture:
WHIRLPOOL TSUNAMI: Tsunami waves swirl near a port in Oarai, Ibaraki Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast today. - AP Photo/Kyodo News
Mar 11, 2011 11:09 pm

JAPAN ROCKED BY EARTHQUAKE AND TSUNAMI: Black smoke raises from a building in Tokyo's waterfront Daiba in Tokyo today. A massive 8.8-magnitude earthquake shook Japan, unleashing a powerful tsunami that sent ships crashing into the shore and carried cars through the streets of coastal towns. - AFP PHOTO
Mar 11, 2011 5:12 pm

CARRIED AWAY: This aerial shot shows boats being carried away at a flooded marina in Hitachinaka city in Ibaraki prefecture today after a tsunami hit following an earthquake. A massive 8.9-magnitude earthquake hit northeast Japan, setting a nuclear plant ablaze, unleashing a 10-metre tsunami that tossed ships inland and leaving at least 32 people reported dead. - AFP Photo
Mar 11, 2011 8:21 pm


CRUSHED... Vehicles are crushed by a collapsed wall at a carpark in Mito city in Ibaraki prefecture after a massive earthquake hit Japan today, unleashing a monster 10-metre high tsunami that sent ships crashing into the shore and carried cars through the streets of Japan's coastal towns. - AFP Photo
Mar 11, 2011 5:53 pm

Oarai town is submerged after a tsunami in Ibaraki Prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. (AP Photo/Kyodo News) - 11 March, 2011

Waves of tsumanis sweep shores along Iwanuma in northern Japan on Friday March 11, 2022. (AP Photo/Kyodo News) - 11 March, 2011

Coastal houses are destroyed by tsunami floods near Iwaki town, Fukushima prefecture, Japan, 11 March 2011. EPA - 11 March, 2011

In this video image taken from Japan's NHK TV, a boat is caught in tsunami swirls near a port in Oarai, Ibaraki Prefecture (state), Friday March 11, 2011. (AP PHOTO/NHK TV) - 11 March, 2011


Parts of a beer factory collapsed as the employees gather on the rooftops in Sendai, Miyagi prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. (AP Photo/Kyodo News) - 11 March, 2011

People seek refuge on the rooftop of a building as light planes and vehicles sit among the debris after they were swept by a tsumani that struck Sendai airport in northern Japan on Friday March 11, 2022. (AP Photo/Kyodo News) - 11 March, 2011






Video:

Berita:
http://www.nst.com.my/nst/articles/QuakehitsHawaiiasresidentsbracefortsunami/Article/
http://www.nst.com.my/nst/articles/SmalltsunamiwaveshitPhilippines/Article/
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/11/nation/20110311142627&sec=nation


1 comment:

jari | jemari said...

innalillah. Dia suruh kita ingat banyak-banyak kat Dia ni :)

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾