Photobucket

Thursday, February 24

First Time Proses Ayam...


23 Feb 2011

Ni lah amali poltri kitorang kali ni. Sembelih ayam secara manual. Dari bab sembelih, cabut bulu, proses, semuanya kitorang buat sendiri. Opsss, silap. Bukan kitorang yang sembelih tapi pihak TPU. Cuak jugak mula2 tu kan. Ramai dok rasa bersalah kat ayam tu. Tapi, xpe kawan-kawan, kita buat untuk tujuan belajar. 
Part paling best, cabut-cabut bulu ayam. haha~ Kenapa? Coz, masa tu buat ramai2, rasa macam tengah sediakan lauk kenduri la plak. Paling x best, time nak keluarkan organ-organ ayam tu. Baunya, perghhh!!! Gua cakap sama lu beb, menusuk kalbu... esp kalau intestine die pecah. Papepun, amali ni memang sesuatu yang menarik dan akan aku ingat samapai bila2. Ayah dah siap cakap, nanti balik kampung, bolehlah sembelih ayam sendiri. Ooo, tarak berani... karang jadi bangkai, sia-sia je... Baik serahkan pada yang pakar. 
Ayam yang disembelih ni sume ayam yang kitorang jaga sejak umur diorang 1 hari samapailah semalam, 42 hari. Sedih tu memanglah sedih, tapi nak buat macam mane kan, memang itulah tujuan kitorang jaga ayam2 tu.  Aku siap bagi gelaran lagi kat ayam2 kitorang. CHICK BROTHERS. Macho x? Mestilah macho sebab aku yang bagi nama. Haha~

Well, skrang dah kol 1.40, kol 2 karang kelas. Gua chow dulu la ye... Assalam...

Wednesday, February 16

العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر

Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah

Nabi Muhammad - Ibu Susuan

Menurut kebiasaan adat resam kaum atasar umat Arab bahawa mereka akan menyerahkan bayi-bayi mereka kekampung-kampung untuk diasuh dan disusui oleh wanita lain. Rasulullah S.A.W tidak terlepas dari adat kebiasaan ini. Baginda telah diserahkan kepada seorang wanita bernama Halimah binti Zu'ib, isteri Al Haris bin Abdul Uzza, yang telah sudi mengambilnya setelah dia tidak memperoleh bayi yang lain, padahal bayi ini yatim tidak berayah. 

Siapalah yang agaknya yang dapat memberi bayaran kepada Halimah yang kemiskinan dan serba kurang itu. Tunggangan yang dikenderainya itu kurus kering. Unta yang dibawanya bersama tidak berair susu lagi. Disampingnya kini sudah ada pula seorang bayi yang perlukan susu. Terbayanglah di wajah anak itu gejala-gejala kemiskinan dan kelaparan orang yang bakal mengasuh dan menyusukannya nanti. Setelah Halimah Saadiah mengambil Muhammad lalu ia jatuh kasih kepada anak itu, sayangnya terhadap Muhammad adalah lebih dari anaknya sendiri. 

Ketika Halimah memeluk Muhammad terasa olehnya seakan-akan air susunya telah memesat dan mengisi badannya. Mula-mula disusukan anak kandungnya sendiri, setelah itu barulah Nabi. Dalam keadaan ia kebingungan memikirkan peristiwa itu, muncullah suaminya membawa senyuman yang melebar tanda kegembiraan sambil memberitahu isterinya bahawa susu untanya itu telah mengelambai ke bawah kerana berisi susu. Angkatan Halimah pun berjalan pula kedesanya dan dapat pula mengejar lain-lain rombongan penyusu, padahal sebelum itu ia telah ketinggalan, malah telah dapat mengejar mereka.

Kerana itu hairanlah orang-orang yang lain, bagaimana halnya maka tiba-tiba Halimah dapat mengejar mereka sedang kenderaannya kurus kering dan lemah tidak begitu berdaya sangat berjalan. Kini untuk itu dapat menghentak berat kakinya kebumi dengan begitu perkasa sekali. Mereka cuba meneliti tunggangan itu, betulkah ia, sudah berubah pula keadaannya atau barangkali Halimah sudah menukarnya dengan tunggangan yang baru? 

Di desa ternakan Halimah berkeliaran memakan rumput, bila pula kekandangnya kambing-kambing itu gemuk berisi tidak seperti kambing-kambing yang lain. Kaum Halimah cuba mengalihkan tempat menternak binatang mereka, manatau kalau-kalau kambing-kambing mereka juga boleh menjadi gemuk seperti kambing-kambing Halimah, tetapi sesia sahaja. Mereka semakin hairan mengapa kambing-kambing Halimah begitu cepat berisi, sedang kambing-kambing yang sama diternak pada suatu tempat tidak pula begitu sebagaimana yang disarankan oleh Al Haris, suami Halimah, 

"Bahawa anak yatim ini adalah merupakan suatu jiwa yang bertuah. Kita telah memperoleh banyak tuah. Kambing ternakan kita telah gemuk dan banyak pula air susunya. Pada keseluruhannya Allah telah memberkati apa sahaja yang ada dalam tangan kita." 

Demikian satu-satunya keluarbiasaan yang terjadi ke atas kehidupan keluarga ibu susuan Rasul tatkala memelihara orang yang kemudian harinya memancarkan rahmat keseluruh alam buana. Tatkala dalam pemeliharaan Halimah, Nabi seperti kebiasaan anak-anak yang lain sering bermain-main dengan teman-temannya. Tetapi Halimah selalunya berasa bimbang dan waspada malah sering juga ia menyuruh saudara susuannya memerhatikan Rasul

-Mukjizat Nabi-nabi, H. Luqman Hakim-

160211 09:22

TEKANAN PERASAAN
TEKANAN JIWA 
TEKANAN MENTAL
TEKANAN

Ok, sekarang hidup agak terseksa sekejap... semuanya gara-gara disebabkan oleh beberapa faktor yang tak berapa nak penting:-

1) x abis study lagi
2) exam empat hari berturut-turut, baru tau last week
3) homesick sekejap (dah tua2 pun nak homesick lg = =')
4) gado ngan seseorang n x baik2 lagi sampai sekarang (ego sangatla kau ni ;( )
5) amali last week x siap lagi
6) kene pegi 'lawat' ayam2 'kesayangan'
7) ponteng kelas hari ni
8) rasa macam demam sket hari ni n kepala x berapa betul (semalam galak meredah hujan lebat untuk pegi tengok pentomen blok kat kk1, dengan banjirnya lagi)
9) mimpi perkara yang saaaaaangat x menarik perhatian, dan x perlu untuk diingati

dan sebab-sebab lain yang tidak dapat difikirkan buat masa sekarang. *sigh*

So, pe nak buat?
Kepala macam nak pecah dah ni

Nak salahkan orang lain?
Mana boleh...
Kau yang x terurus, salah kau sendiri la kan
Padan muka!!!

Macam mana nak settle?
Lupakan semua!!!
Ubat paling mujarab di dunia...

Apa? x boleh lupakan?
Haish...
Yela2

Sekarang tengah berusaha 'bersungguh-sungguh' untuk settlekan masalah 1 & 2

Yang ke3 tu x bleh nak buat ape. X kan nak beli tiket ots plak. Nekad sangat dah tu.

Yg ke4, susah sket. EGO terlampau tinggi kau ni. Bukan ape, aku malu je nak tegur dia. Lantaklah korang nak cakap ape. Aku ada reasons aku sendiri. Korang jangan nak sibok mengata...

ARRRGGGGHHHHHHH!!!!!! Ok, dah tenang... Assalam...

-BSAL-

Friday, February 11

Kubur menyeru manusia...

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali : 
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Basmallah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", 

supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Orang yang tidak melakukan sholat : 
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Dzuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Ashar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Bila kehilangan roh,


manusia akan mati,


bila kehilangan nyawa,


manusia akan binasa,


bila kehilangan hati,

manusia akan mati dan binasa..

Wasiat Rasulullah Kepada Wanita



Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: "Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW:

1. Karena kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.

2.Rasulullah SAW bersabda:
"Wanita, apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu surga yang ia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)

3.Rasulullah SAW bersabda:
"Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hariAkhirat nanti ialah mengenai sholat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)."

4.Imam Thabrani menceritakan bahwa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajibannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajibannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menolaknya.

5.Nabi SAW bersabda:
'Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sholatnya sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)." (Riwayat dan Hassan)

Sunday, February 6

Maaf

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?


Kenapa perlu melaluinya untuk kali kedua?
Memang aku x sesuai untuk berkawan dengan makhluk manusia...
Memang aku x layak untuk berkawan dengan makhluk manusia...


Aku minta maaf kerana
Aku x sekaya kalian...
Aku x sebijak kalian...
Aku x sepetah kalian...
Aku x sebaik kalian...
Aku x secantik kalian...
Aku x sepopular kalian...
Ya, aku sedar aku sapa di mata kalian...


Terima kasih untuk segalanya...


Kalian benar-benar membuka mata aku betapa tingginya langit dan bumi... Terima kasih...


Minta maaf atas segalanya...

06022011 20:28
Allah benar janji-Nya.

Allah telah menentukan sesuatu.
Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil,


dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 

Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?

Masalah yang kita lalui 

mematangkan jiwa kita, 
mematangkan akal kita, 
mematangkan peribadi kita.


Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, 

dia menjadi manusia yang tenang, 

kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt...

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾