Photobucket

Saturday, April 17

~hidupku di universiti~

Reban Ayam di Ladang Kongsi 1

Bergambar dgn rusa kat Biopark, UPM

Ladang Kongsi 1








Thursday, April 15

Amaran Utk Plajar AKHOWAT Malaysia di Mesir! Jgn sampai ada yg m'jd mangsa r#g#l! (khas utk shbt2ku di bumi anbiya',mesir)

* hanya sebagai peringatan dan panduan...

MESIR 12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan, mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya tidak biasa keluar berseorangan.

Sudah takdir, hari itu dia keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu, berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita. ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah, kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun, dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan penumpang lain.

Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).

Saat itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor) meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan oleh kondaktor tadi.

Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama, akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.

bagaimana akhwat ini dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi. Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku, baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa troma)

kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang termampu oleh kita sebagai hambanya.

Kejadian seperti ini buat pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i tak pernah kena pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah, janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat mesir.."

Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas. WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.

Sumber INFOKINI.

aminmenulis : Wallahua'lam, andai cerita ini tidak benar maka ambillah ia sebagai iktibar, agar tidak menyesal dikemudian hari. Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Jangan sampai berlaku kejadian rogol dan lebih teruk daripada itu berlaku. Buat ibu bapa pelajar-pelajar ini, artikel ini bukanlah untuk merisaukan kalian tentang keadaan anak-anak anda di Mesir. Tetapi sebagai satu peringatan dan langkah pencegahan.

Dan saya akui Memang hakikat yang berlaku hari ini pelajar perempuan Malaysia di Mesir terlalu pasif dan terlebih bersopan santun (tidak bertempat) terutama bila berhadapan dengan lelaki arab, jauh berbeza dengan pelajar perempuan indonesia yang lebih agresif dan mampu untuk mempertahankan diri. Cuma apa yang saya kurang setuju ialah mereka terlampau berani dan seringkali dilihat berjalan bersendirian.

Sebab itu PMRAM mewajibkan kepada seluruh pelajar Akhowat Malaysia di Mesir yang ingin ke mana-mana supaya mempunyai musyrif yang telah dilantik untuk mengawasi mereka dalam perjalanan dan tidak menggalakkan akhowat untuk keluar pada waktu malam. Langkah ini bukanlah untuk mengongkong akhowat untuk pergi kemana-mana sebaliknya langkah pencegahan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Garis panduan telah lama dikeluarkan, namun terpulang kepada mereka samaada untuk mengikuti atau sebaliknya.

Peringatan juga buat musyrif (baik Ustaz mahupun Doktor) yang telah dilantik, laksanakanlah tanggungjawab anda sebaiknya. Jangan kerana anda malas/tidak melaksanakan tanggungjawab ini menyebab ada yang menjadi mangsa. Anda tanggunglah akibatnya. Dan ingatlah ia satu amanah yang tidak boleh dipandang remeh dan akan disoal oleh Allah kelak.

Kepada akhowat juga, jangan terlalu kerap keluar kerana ia sedikit sebanyak mengganggu masa musyrif/ikhwah. Andai betul-betul mempunyai keperluan untuk keluar maka diharuskan. Jika tidak usahlah membazir masa anda dan orang lain semata-mata untuk keluar berjalan-jalan. Sekian.

P/s : Sebenarnya isu ini sudah lama diperkatakan, namun ia semakin kurang diambil perhatian oleh Mahasiswi. Pesanan saya, ilmu pertama yang perlu diajar kepada akhowat Malaysia adalah ilmu menjerit, menumbuk dan menyepak. Sebagai langkah dan amaran kepada lelaki arab andai terhimpit/terlanggar ketika menaiki bas. Tunjukkan bahawa Mahasiswi Malaysia bermaruah. Anda juga boleh melepaskan kemarahan/tekanan dan rasa bosan anda dengan cara memarahi lelaki arab yang duduk berhampiran anda.

Awas! kepada ammu dan pakcik arab. Mahasisiwi Malaysia bakal memarahi anda. Mungkin anda juga berpeluang merasai penumbuk dan penyepak mereka. (Sekiranya mereka mengikuti langkah ini). Hehe..

Bukan suatu yang mengaibkan jika anda(akhowat) memarahi arab dikhalayak ramai jika mereka terlalu hampir dengan anda, itu menunjukkan anda seorang yang bermaruah. Namun sangat tidak bermaruah jika anda membiarkan diri anda diperlakukan sedemikian.

Langkah berjaga-jaga buat akhowat :
1. Jangan berjalan sendirian jika hendak kemana-mana (Baik waktu siang lebih2 lagi waktu malam)
2. Jangan menaiki tremco yang mencurigakan.
3. Berjalan dalam kumpulan yang ramai. Biar cukup2 satu tremco lebih baik.
4. Pastikan telefon anda mempunyai kredit dan pastikan nombor orang yang bertanggungjawab (Musfrif/YDP BKAN/Ra'isah) diletakkan diatas sekali untuk memudahkan dihubungi jika berlaku kecemasan.
5. Tidak digalakkan menaiki bas yang sesak dengan penumpang.
6. Mohon kepada Ikhwah anda memerlukan tempat duduk.
7. Seboleh-bolehnya mempunyai musyrif, bukan buat musy'aarif. (Tak tahu)
8. Jerit "HARAM ALAIK YA AMMU!" (Ayat ringkas dan padat untuk lelaki arab)

nak balik!!!

mcm biase, aku on9 facebook lg hari ni mcm hari2 biase... x sah klau sehari x bukak...rase cam x lengkap je dunia aku tuk satu hari tu...
sape x knal... akula raja fb tu...muahaha...
x sdar diri tgh final exam... isk3, bdk ni... mkin nak exam, mkin galak plak bukak fb ni...
tp lantakla... exam je... (ayat x bleh bla...)
tadi tgh dok bosan2 coz x de pape coming news dlm fb tu, hati aku tesentuh bile bace ayat ni dlm status kwn aku ni...

Dalam hati ibu berkata "Pergilah anakku, belajarlah bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan, ibu hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kamu, kerana kamu adalah anak ibu,...
Dalam hati ayah pula berbisik "anakku... ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa agar kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa di hujung namamu, hati ini penuh berharap agar kmu pulang membawa piala kemenangan..
Ketahuilah ibu bapa amat menhargai kita sebagai anaknya...

sedih2... sob3... hal ini membuatkan aku terasa nak balik rumah skrang jugak... siot je...
xpe2, rumah!!! wait 4 me... 5 hari je lg... huhuhu

Sunday, April 11

Dear Balqis Syazana, below are your Personality Tests result

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Your view on yourself:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Other people find you very interesting
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : But you are really hiding your true self
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Your friends love you because you are a good listener
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : They'll probably still love you if you learn to be yourself with them

The type of girlfriend/boyfriend you are looking:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You like serious
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Smart
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Determined people
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You don't judge a book by its cover
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : So good-looking people aren't necessarily your style
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : This makes you an attractive person in many people's eyes

Your readiness to commit to a relationship:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are ready to commit as soon as you meet the right person
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : And you believe you will pretty much know as soon as you might that person

The seriousness of your love:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You like to flirt
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Behave seductively
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : The opposite sex finds this very attractive
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : That's why you'll always have admirers hanging off your arms
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You may not like to study but you have many practical ideas
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You listen to your own instincts
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Tend to follow your heart
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : So you will probably end up with an unusual job

The right job for you:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You're a practical person
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Will choose a secure job with a steady income
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Knowing what you like to do is important
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Find a regular job doing just that
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You'll be set for life

How do you view success:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are afraid of failure
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous

What are you most afraid of:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are concerned about your image
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : The way others see you
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : This means that you try very hard to be accepted by other people
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : It's time for you to believe in who you are
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Not what you wear

Damai yang Hilang

Damai Yang Hilang
Saujana

Tercalar pelangi di hiris gerimis
Senjapun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah di sirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikah maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

Saturday, April 3

makan...makan...dan...makan

2April 2010


makan2 time...sewa kete dr kol 8 smpai 12 mlm...kononnye nak enjoy sakanla...tp lain plak yg jd
Kluar2 UPM je trus gi mkan kat Fisherman Village. dah lame gak la x mkan mlm kat luar. Sem ni blum lg rasenye. Huhu...
Pas mkan, ingat nak gi beli barang sket. Barang byk dah abis woo... Then, gi lah PCM. Msuk2 je, tgk most of the kedai2 kat dlm tu dah tutup. Aik... awalnye tutup. Pastu, tgkla jam... Laa~ Dah kul 10 rupenye. Baru tesedar, LAME GILER kitorg melantak td. Muahahaha~
Papepun, perutku tersgtla kenyang. Thanx to all.. Esok nak kluar lg. Yahoo... (beberapa minit kemudian, sambil tgk dompet) Aaa...puasela jwbnye minggu dpn...huhu

Aurat dan Wanita

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya :

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)



Daily motivator

"I want to see you shoot the way you shout"
(Theodore Roosevelt)

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾