Photobucket

Thursday, June 30

MIDNIGHT

I currently watching Dr House series since yesterday dan banyak benda menarik yang aku belajar. Hari ni aku belajar pasal surgical sieve untuk part pathology. Lagi senang nak hafal dengan cara macam ni. Kenapalah baru jumpa series penuh dr House ni skrang. Kalau jumpa dari dulu, confirm aku punya anatomy and animal health 1 aku, A. Hmm... Apq nak buat, benda dah lepas. Usaha yang terbaik untuk animal health 2 ni... Papepun, thriller series memang best!!!


Surgical sieve

M - Metabolism
I - Inflammation
D - Degeneration
N - Neoplastic
I - Infection
G
H
T - Trauma

G tu, aku pikir maybe growth disturbances, H tu tak tau la plak. Hehe~

Insomnia, I hate it


Wednesday, June 29

Hari-hari yang Diharamkan Puasa

Lagi sebulan, bulan Ramadhan akan menjelma. Selain Ramadhan, umat Islam juga boleh berpuasa pada hari2 selain Ramadhan. Dan setahu aku, puasa ni dapat menundukkan nafsu. Jadi, sesiapa yang sukar untuk mengawal nafsu, silalah berpuasa. Mayb akan dapat menundukkan nafsu tersebut...

Namun, jangan dilupa. Ada juga beberapa hari tertentu yang diharam dan dimakruhkan puasa.

Hari yang Diharamkan Puasa:
- 1 Syawal (Aidil Fitri)
- 10 Zulhijjah (Aidil Adha)
- Hari -hari Tasyriq: 11, 12 dan 13 Zulhijjah
- Hari Syak mungkin bermula berpuasa (30 Sya'aban)
- Selepas 15 Sya'aban (jika bukan puasa Qada' atau nazar atau tiada hubungan dengan puasa pada hari sebelumnya, atau bukan hari yang biasa berpuasa
- Puasa sunat bagi wanita tanpa izin suami (jika suami bermukim yakni tak bermusafir atau berpergian jauh)

Kasih Sayang

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan



Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana



Pandangan Hati

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu

Kalau hati itu bersih
Pandangan hati itu yang hakiki 

Hati kalau terlalu bersih 
Pandangannya kan menembusi hijab 

Hati jika sudah bersih 
Firasatnya tepat kehendak Allah 

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah 
Jasad lahir tumpuan manusia 
Utamakanlah pandangan Allah 
Daripada pandangan manusia

BSAL: Tidak semua benda yang kita nampak menggunakan pancaindera mata adalah suatu kebenaran. Kadang-kala akan terjadinya penipuan. Manusia selalu terus mempercayai benda yang berlaku di depan mata mereka tanpa menyelidik terlebih dahulu. Sedarlah, bahawa kita yang mengawal minda, bukan minda yang mengawal diri kita...


Kerajaan, Kapitalis, Rakyat dan Masa Depan


BSA: Secara jujurnya, aku memang x tau apa2 pasal politik n sebolehnya aku x mahu amik tahu pasal politik. Namun, aku tahu politik itu x mudah. Sebab apa aku x mahu amik tahu pasal politik? Tanya semua ahli2 politik kerana hanya mereka yang tahu jawapannya... Aku sangat berharap, ada seseorang diluar sana yang boleh memimpin kami dengan cara yang diredhai olehNya... Alangkah bahagia umat manusia zaman ini jika Nabi Muhammad S.A.W masih ada...

Tuesday, June 28

My words for her...

Dia patut menjadi dirinya yang dahulu. Why? So, people will never get hurt because of her. 


She always said:
Where can I get courage? 
Where can I get motivation? 
Where can I get strength?

Semua tu datang dari sendiri, kawan. Dari jiwa yang kental. Perkara yang terbaik ialah dapat menasihati diri sendiri, dan mengikut nasihat tersebut. Tiada siapa yang lebih mengenali diri kau selain dari kau sendiri. Kalau seseorang tu kata, "aku dah lama kawan dengan dia, aku kenal dia tu jenis orang yang macam mana". Bagi aku, tu penipuan semata-mata. Manusia adalah makhluk yang sukar dijangka. 

Aku cuma boleh cakap pada dia, berusahalah untuk jadi yang terbaik. 

Kurangkan bercakap, sebab kata-kata lebih tajam dari mata pedang. Tanpa kita sedar, satu perkataan boleh membuatkan seseorang itu berasa down untuk satu jangka masa yang lama. Beware with your words, my friend...

Kurangkan bergaul dengan orang lain, sebaliknya lebih banyak memerhati. Lagi lama kita bergaul dengan seseorang, kita akan jadi semakin tamak dan pentingkan diri. Perhati dalam diam adalah cara terbaik, kerana ia x akan melukakan hati dan fizikal seseorang. Dan kita pun x akan terluka. 

Be yourself. I don't think so. Dalam dunia ni, walau satu tapak kita melangkah, banyak benda boleh berlaku. Setiap yang kita lakukan, banyak hati yang perlu dijaga. Orang selalu kata, "kalau aku asyik nak jaga hati orang je, hati aku sapa nak jaga?" Well, xde masalah rasanya. Kalau semua orang pandai jaga hati orang lain, secara automatiknya hati kita akan terjaga jugak.

Well, aku lagi suka diri kau yang lama. Mungkin susah, tapi cubalah. Aku akan sentiasa menyokong kau. Kita sama-sama berubah untuk jadi orang yang lebih baik. Aku nak kita selalu ingatkan antara satu sama lain kalau kita ada buat kesilapan. Biasalah manusia ni mudah alpa. Selalu x sedar akan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan walaupun dapat dilihat dengan jelas. Manusia ni lebih cenderung untuk tengok kesalahan orang lain dari kesalahan diri sendiri. Sampai wujudnya kata pepatah, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata x nampak". 

Perjalanan kita masih jauh. Aku mahu kita sama-sama jadi a better person. Masih belum terlambat...


Monday, June 27


╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ 
♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ 
♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ 
♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ 
♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’


BSAL: sangat indah...

Muhasabah Buat Du'at


Bagaimana mahu menjadi pendakwah?

Jika kelas ponteng selalu,
Melemahkan semangat guru.

Bila ditanya soalan serba tak tahu,
Tapi malas membaca buku,
Lagak sudah berilmu,
Bagai tok guru.

Bila diminta beri tazkirah…
Buat-buat bisu,
Tidur malam pun tak tentu,
Bangun, bangun, pukul satu.

Keluar kampus tak tahu arah tuju,
Membaca, budaya ilmu…
Lesu!
Perbahasan ilmu jauh dari bibirmu.

Usahkan solat sunat,
Solat fardhu pun haru-biru.

Facebook macam mengadap buku,
Chatting merapu-rapu,
Main games saat yang ditunggu-tunggu.

Bangun malam untuk qiamullail,
Lebih berat daripada batu,
Berjaga malam untuk games,
Lebih ringan daripada sudu.

Baca al-Quran tersekat kaku,
Berlagu…
Macam angsa tersedu.

Bila ditegur habis pecah pintu…
Dinding kayu…

Sepatutnya jagalah tingkah laku,
Yang mencerminkan kematangan fikiranmu,
Dalam berbuat sesuatu.

Peribadimu cerminan ilmu dan amalmu,
Tepuk dada tanya imanmu,
Layakkah diriku,
Menjadi pembantu agamaMu?

Bagaimana mahu berdepan dengan mad’u…
Jika peribadimu dipersoalkan mad’u?
They all always looking at you.

Bagaimana mahu menjadi pendakwah…
Jika minda membeku?

Bagaimana mahu menjadi pendakwah…
Jika hati tidak dibersihkan selalu,
Dari segala hasutan syaitan dan nafsu?

Ya Allah,
 Perteguhkanlah imanku,
Jauhkan diriku dari godaan nafsu,
Dan syaitan yang membelenggu,
Menghitamkan qalbu.

Ya Allah,
 Ampunilah segala kealpaanku,
Periharalah daku,
Perkuatkan azamku,
Untuk menjadi mujahid di jalanMu.

Wiraislam.Com

Walaupun..., tapi...

Walaupun diri dikelilingi oleh ramai orang, tapi still rasa keseorangan. Kenapa agaknya?
Walaupun diri ketawa, tapi still rasa sedih. Kenapa agaknya?
Walaupun diri sihat, tapi still rasa lemah. Kenapa agaknya?
Walaupun diri lapang, tapi still rasa masa yang ada tidak mencukupi. Kenapa agaknya?
Walaupun diri ingi berubah ke arah kebaikan, tapi still terkurung dalam daerah kejahatan. Kenapa agaknya?
Walaupun diri sentiasa di dalam keadaan terang benderang, tapi still x nampak apa-apa. Kenapa agaknya?
Walaupun diri berada dalam keramaian, tapi still rasa kesunyian. Kenapa agaknya?
Walaupun diri hidup, tapi still rasa macam dah mati. Kenapa agaknya?

There is no question without an answer.
As long as i live, i have to seek for the answers.


You out there, please...
Please guide us.

Fantastic Series

DEXTER

GHOST WHISPERER

SUPERNATURAL

NCIS

CSI: CRIME SCENE INVESTIGATION

CSI: NY

CSI: MIAMI

DR. HOUSE
DESPERATE HOUSEWIVES


HEROES


GREY'S ANATOMY

VAMPIRE DIARIES

BSAL: Ramai bebudak zaman sekarang yang pandai cari tempat download series n movie. Kalau movie baru, jangan cakapla. Esok baru nak keluar pawagam, hari ni masing-masing dah tengok pakai laptop. Haha~ Aku pe lagi, tumpang sekaki la jawabnya. Tapi tumpang tengok n copy je, x larat aku nak download. Haha~

27062011 16:18


Huru haranya hidup aku sem ni... isk3~
Apa boleh buat, sendiri punya salahlah...


STreSS

sTrEss

stResS


StrESs

Sunday, June 26


Susah nak cakap dengan orang yang x boleh nak dengar pendapat orang lain. Semoga berjaya dengan idea2 kau yang 'bernas' tu. Aku rasa kau boleh hidup sorang2, x perlukan bantuan orang lain... 

Friday, June 24

Kelebihan wanita




Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

BSAL: Setiap soalan, ada jawapan. Setiap masalah, ada penyelesaian. Ingin berusaha menjadi orang yang lebih baik, namun perlukan bimbingan. Mari berusaha menuju ke arah kebaikan. 

Sunday, June 19

CErita hati


Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi 
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga


Sunday, June 12

U can change ur world

U can change ur world!!


U can break ur wall!!


12 jun 2011

12 Jun. Salah satu hari bersejarah dalam hidup aku. Pada tarikh itulah lahirnya seorang manusia yang diberi nama Balqis Syazana. Tidak dapat hendak digambarkan betapa berterima kasihnya aku kepadaNya kerana telah membenarkan aku melihat dunia ini. Terima kasih Ya Allah...

12 Jun. Terima kasih yang x terhingga kepada ayah dan emak sebab telah bersusah payah membesarkan aku dari kecil hingga sekarang. Terima kasih kerana telah berusaha sedaya upaya melengkapkan hidup aku. Akan ku usaha untuk melengkapkan hidup kalian. Terima kasih atas segalanya...

12 Jun 2011. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan kerana masih mengingati diri ini. Terima kasih atas kejutan yang diberikan hari ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian.


TERIMA KASIH SEMUA!!!

12 Jun 2011
Hari ni genaplah umur aku yang ke-20. Semakin hari, semakin tua. Aku x kisah tentang kulit kedut, rambut putih. Yg aku risaukan ialah ape yg aku dah buat selama ni. Berapa banyak bakti yg telah aku taburkn. Brape banyak kesalahan yg tlah aku buat. Berape banyak hati yg telah aku sakiti. Berbaloi x usaha aku untuk 20 tahun ni. Hmm...

Terharu aku hari ni. X terkata. Bila kawan2 bersama-sama menyambut ulangtahun kelahiran aku hari ini. Kalau ikutkan, ini first time aku raikan dengan kawan sebab selama ini, bday aku jatuh pada musim cuti. Secara jujurnya, aku sedih n risau. Ade x yg ingat bday aku. Childish kan... 

20. Bukan satu angka yang kecik. macam2 benda baru yg akan aku tempuh. dan banyak juga perkara yg tlah aku alami. Aku x sabar nak graduat. Ada banyak perkara yg aku nak buat dlm hidup ni. Banyak lagi benda yg nak aku terokai. Aku nak selami alam dewasa, keluar dari alam persekolahan. Aku x nak bazirkan masa. Aku x mahu menyesal 20 tahun akan datang. 

Semoga aku dapat berusaha bersungguh2 dalam menempuhi segala onak dan duri kehidupan, supaya tidak menyesal. Semoga orang sekeliling aku sentiasa gembira dan sentiasa berada dalam perlindunganNya. Semoga aku dapat mencapai apa yang aku inginkan dan menjadi insan yang berguna.

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾