Photobucket

Saturday, July 31

Saje-saje

1.04 am
Sekarang ni tengah duduk termenung kat depan laptop coz x tau nak buat ape. Nak buat assignment, memang x tercapai coz x paham. Nak tengok TV, xde citer yang best. Nak makan, dah kenyang makan kat bilik Sumy. Nak tido, x ngantuk. Nak bukak facebook, boring. Tetibe telintas nak tulis kat blog ni...

1.07 am
Tengah pikir nak tulis ape kat blog hari ni. Hmm... Nak citer pasal masalah? nahhhh!!! x akan. Nanti takut ade pulak orang yang sakit hati. Still pegang pada prinsip. Biar diri sendiri yang susah asalkan x menyusahkan orang lain. 

1.09 am
Still thinking. Hmm... Ok... Nak citer ape yang aku buat hari ni jela dan sume benda yang berlaku hari ni. Hari ni memang free dari pagi-pagi buta sampaila saat ni coz xde kelas.

1.11 am
Tetiba rase sebak. Asal ngan aku hari ni? Gile kot... haha~

1.13 am
Ok2.. sambung citer. Dah xde klas, so apelagi bangunpun lambatla... haha~ pastu melantak maggi... pastu, x ingatla... petang tido... makan lagi... malam baru start nak buat assignment. Tapi terbantut. Ingat nak buat statistik tapi stress betul. Coz x ingat ape2pun pasal statistik. Nak tanye orang, takut menyusahkanla pulak. Yela... sape yang nak piki pasal belajar2 waktu cuti ni kan... Arghhh... daripada menyakitkan otak aku dengan statistik, baik aku keluar dari bilik. But b4 that, ade masalah lain plak. Aku hilangkan pendrive kawan.  Haishhh!!! memang dasar pelupa la aku ni. So, awal2 lagi aku cakap yang aku nak ganti. Aku x risau pasal duit, aku just risau takut die marah. Mase nak bagi tau yang pendrive die hilang tu pun, aku teragak2 nak bagi tau atau x. Kalau x bagi tau, lama2 die tau jugak kan. Baik bagi tau sekarang. Lepas give up daripada buat assignment tu, aku pun terus keluar dari bilik, pergi biolik TV. Xde orang mase tu. Gelap je. Redah je la. Bukak lampu, kipas, TV... Lagipun, nanti ade meeting blok. Sekali harungla kan... Habis je meeting, gi lepak kat bilik Sumy coz ade makanan... hehe~ lapar giler dah ni... makan maggi je dari pagi tadi... sory, Sumy... 

1.23 am
Dah x tau nak tulis ape. hehe. Emosi dah mula stabil sikit... K, la. Bye2...

-BSAL-

Wednesday, July 21

Baca dan hayati...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'


' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

'sampaikanlah walau satu ayat'

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 

Robert Frost

Sunday, July 18

Pesanan untuk dia...

Tolong beritahu si dia aku ada pesan untuknya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung ini adalah cintaNya…
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatku lebih dari dia mengingat Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah karena di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapaknya kerana di telapak itu syurganya…
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya karena santunnya…
Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan padanya, aku tak mau menjadi puncak kegagalannya…
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mau membuat dia terlena…

Tolong kabarkan pada si dia, aku mau dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…
Tolong kabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku…
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada si dia karena aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…

Saturday, July 17

Kursus Pembantu Universiti sesi 2010/2011



hmmm... banyak sangat yang nak diceitakan, tapi mood dan masa tak mengizinkan... just nak cakap nilah the best kursus i've ever had in my life... walaupun dalam masa yang amat singkat [1 week only], kitorang dah rapat macam family. Even dengan budak-budak kos pun tak serapat macam ni... Sob3~






My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾