Photobucket

Wednesday, March 2

Telatah manusia...

Semakin lama aku hidup kat dunia ni, semakin banyak perkara berlaku yang telah berjaya membuka mata ini tentang betapa 'complicated' nya dunia ni esp in student's life skrang ni... Masing-masing salah-menyalahkan antara satu sama lain. 

Wujud pelbagai persatuan menentang itu ini. X kurang juga yang menyokong. 

Ada yang berebut inginkan jawatan untuk 'glamour', ada yang berebut jawatan bagi menjaga kebajikan pelajar. 

Ada yang terlalu obses dengan aktiviti uni, ada yang langsung x ambil kisah tentang apa yang berlaku. 

Ada yang terlalu mementingkan akademik, ada yang terlalu mementingkan non-akademik. 

Ada yang terlalu sibuk bercinta, ada yang suka bersosial, ada yang lebih suka berseorangan. 

Ada yang mampu bersuara selantang-lantangnya, ada yang hanya mampu bersuara di dalam hati. 

Ada yang bermulut manis, ada yang bermulut longkang.

Ada yang terlalu mengagungkan kesenioritian, ada yang tidak kisah, ada yang menentang kesenioritian. 

Ada yang mengikut sahaja kata-kata pihak atasan, ada yang sentiasa menentang pihak atasan. 

Ada yang cakap belakang, ada yang lebih suka berterus-terang.

Ada yang sentiasa stick pada satu2 group, ada yang universal.

Ada yang sentiasa mengambil berat pasal rakan, ada yang suka menikam belakang.

Ada yang sukakan haiwan, ada yang bencikan haiwan.

Ada yang mementingkan kerohanian, ada yang mementingkan keduniaan.

Ada yang sukarela membuat kerja, ada yang terpaksa membuat kerja.

Ada yang berkawan baik, ada yang bermusuh ketat.

Ada yang dikawal, ada yang mengawal.

Ada yang suka memimpin, ada yang lebih suka dipimpin.

Ada yang pandai melaksanakan apa yang dikatakan, ada yang hanya pandai bercakap besar.

Ada yang layak menjadi ketua tetapi tidak mendapat peluang, ada yang langsung tidak layak menjadi ketua tetapi peluang menjadi ketua datang bergolek-golek.

Ada yang suka berfesyen, ada yang suka santai.

Ada yang suka meninggi diri, ada yang suka merendah diri.

Pendek kata, terdapat banyak ragam manusia yang dapat aku lihat di sini. Aku suka dapat kenal dengan orang-orang yang mempunyai karektar yang berbeza. Hal ini dapat membantu aku untuk menilai dan mencermin diri aku sendiri. Aku tidak menyokong mana-mana karektar, dan tidak juga aku menolak mana-mana karektar. Semuanya adalah pelajaran bagi aku. Pelajaran yang tidak akan aku dapat daripada buku. Pelajaran yang tidak akan aku dapat tanpa melaluinya sendiri. Aku bersyukur dan bahagia kerana telah ditemukan dengan kalian semua. Terima kasih...

-BSAL-

No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾