Photobucket

Tuesday, June 13

Harapan

Semalam genap setahun lagi pertambahan usia aku. Sepanjang 26 tahun ni, banyak yang telah aku belajar. And the most important lesson is jangan terlalu mengharap. Mengharap tak salah, cuma jangan terlalu mengharap.

Kalau tak dapat seperti yang diharapkan, move on and try cari jalan lain to move on. Tak guna kalau setakat mengharap ke langit, kalau nanti akhirnya menjunam ke bumi. Bukan orang lain yang akan rasa sakit. Diri sendiri juga.

Masa belajar dulu, aku berharap akan dapat kerjaya yang setanding dengan kelulusan aku. Namun, takdirNya lebih berkuasa. Aku tidak menyalahkan takdir. Aku tahu, mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku. Tipulah kalau tak terdetik dihati. 'Kenapa orang lain senang je dapat apa yang mereka nak?' 'Kenapa orang lain baru je grad, berjaya dapatkan kerjaya yang setaraf, dapat beli kereta, beli rumah dalam masa yang singkat?' Kenapa, kenapa dan kenapa?

Tak ada sesiapa pun yang dapat jawab.

Monday, June 12

Another Year Older

Assalamualaikum Pembuka Bicara...

Tadi tengok last entry. Tahun 2015. Tahun ni 2017. 2 tahun. Lama tu...

2015, still seorang student. 2017, dah bekerjaya (walaupun bukan yang diharapkan, hahaha...)

Apa-apa pun, Happy Birthday To Me! Hari ni another year older. Another year wiser harapnya.

Harapan untuk tahun ni, untuk dapat pekerjaan yang lebih baik, dapat jodoh yang baik mungkin...


Image result for happy birthday cake

Monday, March 23

Perbandingan

Pernah rasa diri dibanding-bandingkan dengan orang lain? Mustahil kalau x pernah. Baik oleh orang yang terdekat mahupun yang jauh. Apa perasaan? Rimas? Suka? Tercabar? Terasa?

Itu lumrah kehidupan. Manusia sentiasa rasa x cukup dengan apa yang dipunya. Akibatnya, manusia sentiasa ingin membandingkan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Hanya untuk kepuasan diri. Jika diambil dari sudut positif, kita akan sentiasa mara ke hadapan. Namun, jika diambil dari sudut negatif, manusia akan merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan. Yang lebih teruk akan ada perasaan cemburu dan perasaan riak ataupun perasaan ingin melihat orang lain gagal.

Jangan dibiasakan membanding-bandingkan kelebihan dan kelemahan seseorang. Setiap manusia ada perangainya. Ada keunikannya. Ada kebaikannya. Dan ada juga keburukannya.

Hari tu ada terdengan sedikit ceramah dari tv mengenai menantu perempuan yang bekerja vs menantu perempuan yang tidak bekerja. Ibu mertua ni melebihkan menantu yang bekerja atas alasan dia ialah menantu pilihannya, manakala menantu yang tidak bekerja bukanlah menantu pilihannya. Menantu yang bekerja sentiasa dianakemaskan, manakala menantu yang tidak bekerja sentiasa dianaktirikan. Jika dilihat dari segi kewangan, menantu yang bekerja mampu membantu suaminya menambah pendapatan keluarga. Menanu yanh tidak bekerja tidak mampu untuk membantu menambah pendapatan keluarga dan meringankan beban suaminya. Namun, jika dilihat dari segi penjagaan anak, menantu yang tidak bekerja adalah lebih baik kerana akan menjaga anak itu dari anaknya meniarap sehinggalah dapat menggenggam segulung ijazah. Manakala bagi menantu yang bekerjaya, adalah lazim bagi mereka untuk menghantar bayi yang masih kecil ke rumah asuhan, sehingga anak itu memasuki sekolah rendah.

Perbandingan itu baik, namun perlu kena pada cara dan tempatnya. Perbandingan mampu melonjakkan pemikiran ke arah yang lebih baik, tetapi perbandingan juga mampu menjatuhkan seseorang hingga tersungkur. Jadi, berpada-padalah dalam membuat perbandingan.

-BSAL-
230315 01:29
3103

Saturday, June 28

280614 02:14

Sunyi sepi je pagi-pagi ni. Pejam celik pejam celik, esok dah start puasa. Dalam x sedar dah seminggu memdiamkan diri kat rumah. Masa berlalu dengan sangat pantas. X terkejar kita jika masa itu berlari. Tapi tetap juga kita merelakan masa berlalu begitu sahaja. Resam manusia. Bila masa ada, ditangguh-tangguh kerja yang ada. Bila x cukuip masa, masa pula yang disalahkan...

Well, bila cakap pasal masa, teringat perkara-perkara bodoh yang aku lakukan dari kecik sampai sekarang. Bila diingat balik, rasa macam nak benam muka dalam tanah. Malu kot. Hahaha... But, manusia mana yang x pernah buat salah kan. Apatah lagi benda-benda bodoh yang kadangkala memalukan diri sendiri. Take it positive. Disebabkan perkara-perkara bodoh nilah yang mengajar kita tentang kehidupan. Yang menjadikan diri kita yang hari ino. Yang akan menjadi pelindung buat diri kitaada masa hadapan. Dam yang akan menjadi memori, kenangan pahit dan manis untuk dikenang...

Cuti lama ni cadangnya nak kerja. Masa kat kolej, semangat nak kerja tu tersangatlah berkobar-kobar. Ceh, like always, itu semua dusta semata. May be nampak macam alasan, tapi aku kesian tengok ayah n mak terpaksa kerja lagi, nak urus kerja-kerja rumah lagi, nak urus adik aku lagi. Dah alang-alang aku duduk rumah, better aku yang buat semua tu kan. Berbalik kepada cerita berpuasa. Alhamdulillah, tahun ni dapat berpuasa dengan keluarga. Almaklumlah, bukan selalu... Seronok... Tahun depan x dapat nak puasa sama sebab praktikal nasib kaulah... Harap-har dapat tempat praktikal yang dekat dengan rumah. Senanh nak ulang-alik. Jimat kos lagi. Hehehe...

Friday, June 13

Miss You, my Friend

Miss You Guys So Much... ='(

 Especially You, My Friend... Maaf tidak dapat menjadi kawan terbaik...


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Cerita semalam

Happy birthday to me.. =)


Nothing special, cuma bertambahlah usia. Walau x sebanyak orang lain yang lebih berpengalaman, tapi InsyaAllah segala ilmu dan pengalaman yang aku dapat sepanjang aku hidup sehingga hari ini akan aku simpan dan gunakan sebaiknya. 

Banyak wish dapat semalam. "slmt mempringati hari kewujudan diri...hi3x". Salah satu ucapan. 

Photo: hye bal2 happy birthday..senyum sokmo..goodluck final exam..fighting!!!
-wish dari piqa-

Thank You Friends...

Semalam jawab satu quiz "What Should Your Life Motto Be?" Then keluarlah ayat ni:


"Be the reason someone smiles today"


Good memories keep me alive n bad memories gave me strength. Thus, made me who I am today... 

Do Not Regret. There is no time to be regretful. Everything happened for a reason. 

perpisahan ini

It'a a nice song... =)

1st edition ft aizat amdan

Wednesday, June 11

01:38 11082014

Final exam week dah menjelma... 1 paper dah lepas hari ni. Another 4 to go. Another 2 weeks to end my 2nd year of studies... dah rancang macam-macam untuk cuti ni. Hope rancangan tu akan terlaksana. 



Masa tengah study Bact, tetiba teringat masa latihan pengapungan masa training hari tu. Tergelak sorang-sorang. Mana tak nya. Orang x tahu berenang, tetiba kena berenang dekat kolam kat bukit ekspo. Tercungap-cungap dibuatnya. Ntah berapa gelen air dah masuk kat tekak. Rasa kalau tengok diri sendiri berenang hari tu, memang ketawa terbahak-bahaklah. Tapi, yang bestnya nasib baik pakai life jacket. Hehe... Klau x pakai life jacket, of courselah x berani nak berenang kat kolam tu. Memang awal-awal lagi dah tenggelam...




Saturday, April 26

It's hard to be 'normal'. 'Normal' according to what normal people would defined. It's not that I don't want to be 'normal'. It's just that I couldn't be 'normal'.

Tuesday, February 11

 Jika SENDIRI jangan marasa SEPI.. 
 Ada ALLAH yang MENGAWASI. (^_^)

 Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI..
 Ada ALLAH tempat BERDOA. (^_^)

 Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. 
 Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI. (^_^)

 Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. 
 Ada ALLAH tempat MENGADU. (^_^)

 Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA..
 Ada ALLAH tempat MEMINTA. (^_^)

 Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA..
 Pada ALLAH tempat BERSYUKUR. (^_^)
"Past is experience, present is experiment and future is expectation, so use your experience in your experiments to achieve your expectations..."
"In this endless time, there are no traces. 
In this infinite space, there are no trails"

-lietome-
"Because Who Is Perfect?"
"A smile is the lighting system of the face, the cooling system of the head and the heating system of the heart."

SABARLAH

"Dalam sabar ada maaf,
Dalam sabar ada redha,
Dalam sabar ada syukur,
Dalam sabar ada usaha,
Dalam sabar ada tawakal,
Dalam sabar ada taqwa,
Dalam sabar tiada kedengkian,
Dalam sabar tiada keluhan,
Dalam sabar tiada putus asa."

"ORANG YANG BIJAKSANA MEMBETULKAN KESILAPAN DIRI DENGAN MELIHAT KESILAPAN ORANG LAIN"

WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA


WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA 

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. 
Masih mencari walau ada segalanya. 
Apa yang tiada dalam syurga? 
Namun adam tetap rindukan hawa. 

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. 
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. 

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. 
Didiklah mereka dengan panduan darinya. 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. 
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. 

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... 
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. 

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. 
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... 
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... 
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... 
Bahkan akan semakin membengkok... 
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... 

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... 
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... 
Tapi binalah kepimpinan... 
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... 
Jinakkan diri kepada allah... 
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... 
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' 
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wednesday, November 27

WAKTU SOLAT & TUBUH MANUSIA



Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. 

SUBUH Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

ZOHOR 
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? 

ASAR 
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 

MAGHRIB 
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

ISYAK 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalam kerehatan. 

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. 

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…??? Jadi,marilah sama-sama kita menjaga waktu solat yang sememangnya jelas memberi impak terhadap kesihatan tubuh badan kita. Peringatan untuk diri sendiri dan semua kawan-kawan.


Thursday, November 21

Syair Imam Ghazali

Katakanlah kepada teman-temanku, saat mereka melihatku mati.
Mencucurkan air mata padaku, berduka cita atas dalam duka.
Jangan percaya, mayat yang kau lihat adalah aku.
Dengan Nama Allah, kukatakan kepadamu, mayat itu bukan aku.
Aku adalah Ruh, badan ini tidak ada apa-apanya, cuma daging.
Jasad itu, tempat tinggal pakaian sementaraku.

Aku adalah pusaka, dan badan ini hanya kulit penjaga.
Dihiasi debu, melayaniku sebagai tempat keramat.
Akulah mutiara, yang ditinggalkan kulit di padang pasir.
Akulah narapidana, yang menghabiskan waktu dalam duka.
Akulah burung, dan jasad ini adalah sangkarku.
Tatkala aku bebas terbang, ada bekas ku tinggalkan.
Segala puji bagi Tuhan, yang telah melepaskanku, bebas.
Ia persiapkan tampatku, di surga tertinggi.

Hari ini aku mati, setelah aku hidup di tengah-tengahmu.
Kini aku hidup dalam kebenaran, dengan kafan yang terbuang.
Hari ini aku dapat berbicara dengan orang suci di atas sana.
Sekarang tanpa penghalang aku berhadapan melihat Tuhan.
Aku melihat lembaran, dan disitu ku baca isinya.
Semuanyan ada padanya, yang hilang, sedang dan akan terjadi.

Biarkan rumahku hancur, letakkan sangkarku di atas tanah.
Lemparkanlah jasad, sebagai bukti, tidak lebih dari pada itu.
Lepaskan jubahku, karena itu hanyalah pekaian luarku.
Tempatkan semuanya di kuburan, biarkan, agar terlupakan.
Aku telah melalui jalanku, kau akan menyusul kemudian.
Tempat tinggalmu bukan tempat tinggalku.

Jangan kau kira, mati adalah mati, bukan, tetap hidup.
Hidup yang melampaui semua yang di impikan disini.
Selagi di dunia, kita hanya bisa tidur
Mati, lebih dari sekedar tidur, ialah tidur yang dipanjangkan.
Jangan takut saat mati menghampiri mendekatimu.
Mati hanyalah suatu awal menuju rumah yang di berkati.

Pujilah kelembutan-Nya dan datanglah jangan takut.
Apa yang ku alami, akan kau alami.
Sepengetahuanku, engkau juga seperti aku.
Seluruh jiwa manusia berasal dari Tuhan.
Raga mereka semuanya tersusun serupa.
Baik dan buruk, bergembiralah sekarang.
Semoga kedamaian Tuhan dan kesenangan abadi menyertaimu

syair Imam Ghazali

Bagaimana melatih diri anda memberi kemaafan?

Bagaimana melatih diri anda memberi kemaafan?
  1. Yakin bahawa setiap kejahatan ada pembalasannya
Hampir kesemua manusia tidak mengira agama, bangsa dan negara percaya bahawa kebaikan akan dibalas kebaikan dan kejahatan akan dibalas kejahatan.


2.   Fokus kepada perkara positif
Setiap apa yang berlaku mempunyai kesan baik dan kesan buruk. Jika teman lelaki anda jatuh cinta dengan kawan baik anda dan mereka akhirnya berkahwin, jangan lihat perkara ini sebagai sesuatu yang negatif. Cuba lihat daripada sudut yang lebih positif. Anda mungkin berpeluang untuk mencari teman lelaki yang lebih baik dan lebih sesuai dengan anda. Mungkin anda kini boleh lebih fokus kepada kerjaya yang anda impikan.


3.  Sibukkan diri anda dengan aktiviti baru
Halang minda anda daripada berfikir mengenai peristiwa pengkhianatan itu dengan aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Perasaan telah dikhianati adalah satu perasaan yang amat berat untuk dilupuskan, perlu ada rancangan yang baik untuk menghilangkan perasaan ini. Ia tidak akan hilang begitu sahaja.

4.  Beri masa kepada diri anda
Anda perlu beri masa kepada diri anda untuk member kemaafan. Seperti luka di tubuh, perasaan negative juga memerlukan masa untuk sembuh. Jika anda tidak boleh memaafkan pada hari ini, cuba maafkan pada hari esok.

5. Maafkan dan lupakan
Setelah anda rasa anda boleh memaafkan, lupakan kejadian itu. Jika kawan-kawan anda masih bercerita mengenai kejadian itu, minta mereka untuk berhenti bercerita lagi. Apabila anda sudah mula melupakan peristiwa tersebut dan sudah memberi kemaafan, hati anda akan mula terasa tenang.

Keajaiban Sebuah Kemaafan, Elzara Hariri

It is He Who accepts repentence from His servants and pardons evil acts and knows what they do. (Surat Ash-Shura, 25)

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾