Photobucket

Friday, June 24

Kelebihan wanita




Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

BSAL: Setiap soalan, ada jawapan. Setiap masalah, ada penyelesaian. Ingin berusaha menjadi orang yang lebih baik, namun perlukan bimbingan. Mari berusaha menuju ke arah kebaikan. 

Sunday, June 19

CErita hati


Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi 
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga


Sunday, June 12

U can change ur world

U can change ur world!!


U can break ur wall!!


12 jun 2011

12 Jun. Salah satu hari bersejarah dalam hidup aku. Pada tarikh itulah lahirnya seorang manusia yang diberi nama Balqis Syazana. Tidak dapat hendak digambarkan betapa berterima kasihnya aku kepadaNya kerana telah membenarkan aku melihat dunia ini. Terima kasih Ya Allah...

12 Jun. Terima kasih yang x terhingga kepada ayah dan emak sebab telah bersusah payah membesarkan aku dari kecil hingga sekarang. Terima kasih kerana telah berusaha sedaya upaya melengkapkan hidup aku. Akan ku usaha untuk melengkapkan hidup kalian. Terima kasih atas segalanya...

12 Jun 2011. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan kerana masih mengingati diri ini. Terima kasih atas kejutan yang diberikan hari ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian.


TERIMA KASIH SEMUA!!!

12 Jun 2011
Hari ni genaplah umur aku yang ke-20. Semakin hari, semakin tua. Aku x kisah tentang kulit kedut, rambut putih. Yg aku risaukan ialah ape yg aku dah buat selama ni. Berapa banyak bakti yg telah aku taburkn. Brape banyak kesalahan yg tlah aku buat. Berape banyak hati yg telah aku sakiti. Berbaloi x usaha aku untuk 20 tahun ni. Hmm...

Terharu aku hari ni. X terkata. Bila kawan2 bersama-sama menyambut ulangtahun kelahiran aku hari ini. Kalau ikutkan, ini first time aku raikan dengan kawan sebab selama ini, bday aku jatuh pada musim cuti. Secara jujurnya, aku sedih n risau. Ade x yg ingat bday aku. Childish kan... 

20. Bukan satu angka yang kecik. macam2 benda baru yg akan aku tempuh. dan banyak juga perkara yg tlah aku alami. Aku x sabar nak graduat. Ada banyak perkara yg aku nak buat dlm hidup ni. Banyak lagi benda yg nak aku terokai. Aku nak selami alam dewasa, keluar dari alam persekolahan. Aku x nak bazirkan masa. Aku x mahu menyesal 20 tahun akan datang. 

Semoga aku dapat berusaha bersungguh2 dalam menempuhi segala onak dan duri kehidupan, supaya tidak menyesal. Semoga orang sekeliling aku sentiasa gembira dan sentiasa berada dalam perlindunganNya. Semoga aku dapat mencapai apa yang aku inginkan dan menjadi insan yang berguna.

Sunday, May 1


As long as we have memories,
yesterday remains.

As long as we have hope,
tomorrow awaits.

and

As long as we have friendship,
each day is never a waste.



BSAL: berkawan biar seribu, musuh jangan dicari...

01052011 0456

2 jam lagi nak bertolak...

LAPARRRR!!! tu je yang aku rase sekarang ni.


Must get ready to leave, tapi xde mood. So sleepy, nak bukak mata pun tak larat. Bertahanlah wahai mata. Nanti dalam bas, tidolah puas2...


01052011 0228

Salam...

Tengah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengemas semua barang yang ada. Nasib baik sem ni x payah letak barang dekat stor. Kalau x, memang nayela. Nak kemas tuk praktikal ni pun amik mase seharian... haha~ Cuba bayangkan, betapa banyaknya barang yang ada. Biar banyak asalkan x menyusahkan diri sendiri. Aku x tau tempat tu camne. Karang x pasal2 xde kedai, mana nak beli barang2 yang xde. Bukannya dekat kat bandar, tapi dalam hutan!!!

Ok, cakap pasal praktikal, aku buat praktikal dekat Sepilok, Sabah. Saaaaangat excited!!! Boleh nampakkan betapa excitednya aku. haha~ Aku pergi 5 minggu je. Walaupun 5 minggu je, banyak benda kena pikir esp barang2 yang nak dibawak. 

Aku bertolak esok. Nak tau berapa kenderaan aku naik nanti? Pergi Miri esok pagi naik bas, lepas tu naik flight pergi KK. Then naik flight pergi Sandakan. Lepas tu, naik bas pulak pergi Sepilok. Memang muakla naik flight dengan bas. Haha~ Sebenarnya boleh je naik bas dari KK ke Sandakan. Tapi rasa macam x larat je. 6 jam kot. Cukup2lah seharian kena stay kat airport KK tu. Tetiba teringat masa nak beli tiket flight. Giler berpeluh-peluh nak cari tiket yang paling efisyen and yang paling penting MURAH!!! Bukan pe, bukan sikit belanja kat situ. Duit resthouse je dah RM350 sorang. X sanggup den nak tengok duit mencurah-curah keluar dari bank. Huhu~ Kalau duit aku sendiri xpela, ni duit ayah. Banyak lagi mende berfaedah yang lebih perlukan duit tu. Yela, adik aku nanti nak masuk U. Mesti guna banyak duit kan. Ngan aku lagi. Aishhh, kalaulah boleh kerja kat sini. Hmmm...

Barang dah nak settle. Just touch up2 je sket. Waa~ first time aku travel kat tempat yang baru tanpa parents, or cikgu. Pergi ngan kawan je. Sangat seram. Sangat cuak. Haha~ xpe, kena berlatih. Bukan selama-lamanya aku akan bergantung kat parents kan. Kenalah berdikari jugak. 

I will miss both of u, Ehrlichia Scotland and Christopher Moon. Harap2 sem depan korang ade lagi. Bolehlah duduk ngan aku lagi. Boleh bagi makan macam selalu.


Ehrlichia Scotland








Christopher Moon






My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾