Photobucket

Sunday, June 12

12 jun 2011

12 Jun. Salah satu hari bersejarah dalam hidup aku. Pada tarikh itulah lahirnya seorang manusia yang diberi nama Balqis Syazana. Tidak dapat hendak digambarkan betapa berterima kasihnya aku kepadaNya kerana telah membenarkan aku melihat dunia ini. Terima kasih Ya Allah...

12 Jun. Terima kasih yang x terhingga kepada ayah dan emak sebab telah bersusah payah membesarkan aku dari kecil hingga sekarang. Terima kasih kerana telah berusaha sedaya upaya melengkapkan hidup aku. Akan ku usaha untuk melengkapkan hidup kalian. Terima kasih atas segalanya...

12 Jun 2011. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan kerana masih mengingati diri ini. Terima kasih atas kejutan yang diberikan hari ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian.


TERIMA KASIH SEMUA!!!

12 Jun 2011
Hari ni genaplah umur aku yang ke-20. Semakin hari, semakin tua. Aku x kisah tentang kulit kedut, rambut putih. Yg aku risaukan ialah ape yg aku dah buat selama ni. Berapa banyak bakti yg telah aku taburkn. Brape banyak kesalahan yg tlah aku buat. Berape banyak hati yg telah aku sakiti. Berbaloi x usaha aku untuk 20 tahun ni. Hmm...

Terharu aku hari ni. X terkata. Bila kawan2 bersama-sama menyambut ulangtahun kelahiran aku hari ini. Kalau ikutkan, ini first time aku raikan dengan kawan sebab selama ini, bday aku jatuh pada musim cuti. Secara jujurnya, aku sedih n risau. Ade x yg ingat bday aku. Childish kan... 

20. Bukan satu angka yang kecik. macam2 benda baru yg akan aku tempuh. dan banyak juga perkara yg tlah aku alami. Aku x sabar nak graduat. Ada banyak perkara yg aku nak buat dlm hidup ni. Banyak lagi benda yg nak aku terokai. Aku nak selami alam dewasa, keluar dari alam persekolahan. Aku x nak bazirkan masa. Aku x mahu menyesal 20 tahun akan datang. 

Semoga aku dapat berusaha bersungguh2 dalam menempuhi segala onak dan duri kehidupan, supaya tidak menyesal. Semoga orang sekeliling aku sentiasa gembira dan sentiasa berada dalam perlindunganNya. Semoga aku dapat mencapai apa yang aku inginkan dan menjadi insan yang berguna.

No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾