* hanya sebagai peringatan dan panduan...
MESIR 12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan, mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya tidak biasa keluar berseorangan.
Sudah takdir, hari itu dia keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu, berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita. ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah, kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun, dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan penumpang lain.
Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).
Saat itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor) meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan oleh kondaktor tadi.
Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama, akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.
bagaimana akhwat ini dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi. Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku, baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa troma)
kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang termampu oleh kita sebagai hambanya.
Kejadian seperti ini buat pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i tak pernah kena pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah, janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat mesir.."
Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas. WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.
Sumber INFOKINI.
aminmenulis : Wallahua'lam, andai cerita ini tidak benar maka ambillah ia sebagai iktibar, agar tidak menyesal dikemudian hari. Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Jangan sampai berlaku kejadian rogol dan lebih teruk daripada itu berlaku. Buat ibu bapa pelajar-pelajar ini, artikel ini bukanlah untuk merisaukan kalian tentang keadaan anak-anak anda di Mesir. Tetapi sebagai satu peringatan dan langkah pencegahan.
Dan saya akui Memang hakikat yang berlaku hari ini pelajar perempuan Malaysia di Mesir terlalu pasif dan terlebih bersopan santun (tidak bertempat) terutama bila berhadapan dengan lelaki arab, jauh berbeza dengan pelajar perempuan indonesia yang lebih agresif dan mampu untuk mempertahankan diri. Cuma apa yang saya kurang setuju ialah mereka terlampau berani dan seringkali dilihat berjalan bersendirian.
Sebab itu PMRAM mewajibkan kepada seluruh pelajar Akhowat Malaysia di Mesir yang ingin ke mana-mana supaya mempunyai musyrif yang telah dilantik untuk mengawasi mereka dalam perjalanan dan tidak menggalakkan akhowat untuk keluar pada waktu malam. Langkah ini bukanlah untuk mengongkong akhowat untuk pergi kemana-mana sebaliknya langkah pencegahan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Garis panduan telah lama dikeluarkan, namun terpulang kepada mereka samaada untuk mengikuti atau sebaliknya.
Peringatan juga buat musyrif (baik Ustaz mahupun Doktor) yang telah dilantik, laksanakanlah tanggungjawab anda sebaiknya. Jangan kerana anda malas/tidak melaksanakan tanggungjawab ini menyebab ada yang menjadi mangsa. Anda tanggunglah akibatnya. Dan ingatlah ia satu amanah yang tidak boleh dipandang remeh dan akan disoal oleh Allah kelak.
Kepada akhowat juga, jangan terlalu kerap keluar kerana ia sedikit sebanyak mengganggu masa musyrif/ikhwah. Andai betul-betul mempunyai keperluan untuk keluar maka diharuskan. Jika tidak usahlah membazir masa anda dan orang lain semata-mata untuk keluar berjalan-jalan. Sekian.
P/s : Sebenarnya isu ini sudah lama diperkatakan, namun ia semakin kurang diambil perhatian oleh Mahasiswi. Pesanan saya, ilmu pertama yang perlu diajar kepada akhowat Malaysia adalah ilmu menjerit, menumbuk dan menyepak. Sebagai langkah dan amaran kepada lelaki arab andai terhimpit/terlanggar ketika menaiki bas. Tunjukkan bahawa Mahasiswi Malaysia bermaruah. Anda juga boleh melepaskan kemarahan/tekanan dan rasa bosan anda dengan cara memarahi lelaki arab yang duduk berhampiran anda.
Awas! kepada ammu dan pakcik arab. Mahasisiwi Malaysia bakal memarahi anda. Mungkin anda juga berpeluang merasai penumbuk dan penyepak mereka. (Sekiranya mereka mengikuti langkah ini). Hehe..
Bukan suatu yang mengaibkan jika anda(akhowat) memarahi arab dikhalayak ramai jika mereka terlalu hampir dengan anda, itu menunjukkan anda seorang yang bermaruah. Namun sangat tidak bermaruah jika anda membiarkan diri anda diperlakukan sedemikian.
Langkah berjaga-jaga buat akhowat :
1. Jangan berjalan sendirian jika hendak kemana-mana (Baik waktu siang lebih2 lagi waktu malam)
2. Jangan menaiki tremco yang mencurigakan.
3. Berjalan dalam kumpulan yang ramai. Biar cukup2 satu tremco lebih baik.
4. Pastikan telefon anda mempunyai kredit dan pastikan nombor orang yang bertanggungjawab (Musfrif/YDP BKAN/Ra'isah) diletakkan diatas sekali untuk memudahkan dihubungi jika berlaku kecemasan.
5. Tidak digalakkan menaiki bas yang sesak dengan penumpang.
6. Mohon kepada Ikhwah anda memerlukan tempat duduk.
7. Seboleh-bolehnya mempunyai musyrif, bukan buat musy'aarif. (Tak tahu)
8. Jerit "HARAM ALAIK YA AMMU!" (Ayat ringkas dan padat untuk lelaki arab)
No comments:
Post a Comment