Photobucket

Saturday, June 26

Kaunselor???

Kaunselor... ape pandangan anda terhadap mereka yang bergelar kaunselor... Adakah mereka benar-benar mampu membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi? Ataupun mereka hanya menambahkan kekusutan yang anda alami?

Hmmm... Semua orang ada pendapat masing-masing. darah sama merah, hati lain-lain. Ada yang suka berkongsi masalah mereka dengan orang lain dan ada juga yang tidak suka masalah mereka diketahui oleh orang lain. Ada yang suka orang lain mengambil berat dan sentiasa membimbing diri mereka, tetapi ada juga yang tidak suka orang lain masuk campur dalam hidup dia... Jadi, tidak salah rasanya kalau aku menyatakan pendapat aku sendiri mengenai mereka yang bergelar kaunselor ini...

Sejak dahulu lagi aku tertanya-tanya... Perlukah wujudnya mereka yang bergelar kaunselor ini kerana secara peribadi aku memang tidak suka bertemu kaunselor. Bagi aku, setiap manusia mempunyai masalah masing-masing dan tidak akan mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut kerana masalah sentiasa datang dan pergi. Kaunselor juga seorang manusia. Mampukah dia untuk menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri mereka sendiri mempunyai pelbagai perkara yang lebih penting yang perlu mereka fikirkan. Dan yang lebih penting mampukah mereka meyimpan rahsia/masalah yang kita luahkan daripada diketahui oleh orang lain? Hmmm...

No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾