Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Reff:
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Oh. Sdeyh... huhu... Walaupun x banyak sangat kenangan yang ada (coz dulu aku budak nerd sket... hehe... jarang gaul ngan orang), aku still miss ngan kenangan masa kat jadi pelajar sek menengah.
Hmmm... Orentasi, Hari Guru, Hari Kecemerlangan, bla3~ kemas dorm, kene joging pagi2 buta, main simbah2 air (nak sgt main hujan, main simbah2 air kat bilik basuh. Isk3~ x matured langsung. haha...), study smpai lewat malam, outing smpai x ingat dunia, melalak mase hari sukan, brainwash junior (best wooo. Tp pastu menyesal x suda. hehe...), cikgu nangis, merajuk, marah, makan berjemaah dalam dewan makan, amik makanan lebih (biasela tu. haha~), kene kutip sampah keliling blok, kene tido kat surau, banjir, perhimpunan, spot check, nyanyi lagu negaraku, selangor, lagu sekolah, lagu KRS, kawad malam2 buta, petang panas terik, ajar budak2 junior berkawad, training lari sket2, tido mase klas, tido mase perhimpunan, beraye kat rumah cikgu, gado, dicop (aku pun x tau ape masalahnye. kihkihkih), uhhh... banyak lagi, tapi x terpikir n tertulis buat mase ni...
Well, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor banyak mengajar aku tentang erti hidup. Kat situla banyak benda first time dalam hidup aku. First time duduk jauh dari family, First time pegang duit sendiri, First time guna tepon awam, First time pakai kasut kulit gi klas. First time kawad. First time aku jumpa macam2 ragam manusia yang ada. First time aku tau wujudnya alat-alat teknologi yang ada - laptop, mp3 mp4 dll (aku memang buta IT tahap dewa). First time dapat markah cam haram (add math first test mase form 4 fail - giler dasyat). First time masuk 100 m. First time lontar peluru (berat giler...). First time gado ngan orang. First time study smpai lewat malam coz esoknya priksa (study sebab priksa ja. Klau x de priksa jangan harap nak tengok aku kat bilik study). First time aku benci maths (gara2 markah add math yang trok). First time aku blaja bahawa hidup ni x semudah yang disangka dan x sesusah yang diduga. First time aku blaja bahawa kita tidak patut sekali-kali mementingkan diri coz kadang2 disebabkan sikap pentingkan diri kite tu, banyak pihak yang susah dan berkecil hati.
Kalau boleh, aku nak putarkan balik masa supaya kenangan tu boleh aku jalani sekali lagi. Tapi aku sedar benda tu tersangatla mustahil. Kenangan-kenangan bersama-sama warka KUSESS sekalian khususnya F4ORian sekalian akan terus tersemat kat otak aku ni smpaila otak ni x dapat digunakan lagi satu masa nanti (maksudnye mati la)...
-BSAL-
No comments:
Post a Comment