Photobucket

Tuesday, June 28

My words for her...

Dia patut menjadi dirinya yang dahulu. Why? So, people will never get hurt because of her. 


She always said:
Where can I get courage? 
Where can I get motivation? 
Where can I get strength?

Semua tu datang dari sendiri, kawan. Dari jiwa yang kental. Perkara yang terbaik ialah dapat menasihati diri sendiri, dan mengikut nasihat tersebut. Tiada siapa yang lebih mengenali diri kau selain dari kau sendiri. Kalau seseorang tu kata, "aku dah lama kawan dengan dia, aku kenal dia tu jenis orang yang macam mana". Bagi aku, tu penipuan semata-mata. Manusia adalah makhluk yang sukar dijangka. 

Aku cuma boleh cakap pada dia, berusahalah untuk jadi yang terbaik. 

Kurangkan bercakap, sebab kata-kata lebih tajam dari mata pedang. Tanpa kita sedar, satu perkataan boleh membuatkan seseorang itu berasa down untuk satu jangka masa yang lama. Beware with your words, my friend...

Kurangkan bergaul dengan orang lain, sebaliknya lebih banyak memerhati. Lagi lama kita bergaul dengan seseorang, kita akan jadi semakin tamak dan pentingkan diri. Perhati dalam diam adalah cara terbaik, kerana ia x akan melukakan hati dan fizikal seseorang. Dan kita pun x akan terluka. 

Be yourself. I don't think so. Dalam dunia ni, walau satu tapak kita melangkah, banyak benda boleh berlaku. Setiap yang kita lakukan, banyak hati yang perlu dijaga. Orang selalu kata, "kalau aku asyik nak jaga hati orang je, hati aku sapa nak jaga?" Well, xde masalah rasanya. Kalau semua orang pandai jaga hati orang lain, secara automatiknya hati kita akan terjaga jugak.

Well, aku lagi suka diri kau yang lama. Mungkin susah, tapi cubalah. Aku akan sentiasa menyokong kau. Kita sama-sama berubah untuk jadi orang yang lebih baik. Aku nak kita selalu ingatkan antara satu sama lain kalau kita ada buat kesilapan. Biasalah manusia ni mudah alpa. Selalu x sedar akan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan walaupun dapat dilihat dengan jelas. Manusia ni lebih cenderung untuk tengok kesalahan orang lain dari kesalahan diri sendiri. Sampai wujudnya kata pepatah, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata x nampak". 

Perjalanan kita masih jauh. Aku mahu kita sama-sama jadi a better person. Masih belum terlambat...


No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾