Photobucket

Saturday, July 9

Rahsia di Sebalik Jari

Cuba anda letakkan tangan kanan anda ke bahagian kanan muka.
Kemudian rapatkan jempol anda di telinga, jari telunjuk di pelipis kepala, jari hantu ke mata, jari manis ke hidung sementara jari kelengkeng ke mulut.

Jempol (ibu jari) di Telinga
Walaupun kukuh dan padat, ia tidak sepanjang kawan-kawannya yang lain. Ini bererti tidak semua patut kita dengar.
Apabila terdengar orang sedang mengumpat, kata-kata lucah, muzik mengkhayalkan, 'pekakkan' telinga.
Jempol ini pasti mengingatkan kita supaya banyak mendengar yang baik-baik seperti bacaan Al-Quran, mendengar syarahan agama dan nasihat.

Jari Telunjuk ke Pelipis
Ini satu arahan jelas agar kita banyak menggunakan otak atau berfikir.
Dengan berfikir, banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik. Dengan berfikir, banyak rumah tangga mungkin tidak runtuh, dan dengan berfikir jugalah, ramai berjaya di dunia ini. Tetapi awas, jangan pula menggunakan otak anda untuk menipu!

Jari Hantu ke Mata
Hantu adalah lambang kejahatan.
Banyak maksiat berpunca daripada mata. Lebih banyak dilihat, lebih banyak akan ditiru. Mata ditutup tapi masih nampak juga. Mata inilah yang harus dikawal rapi.

Jari Manis ke Hidung
Hidung menghidu dan menghembus nafas. Ia mengenal pasti bau-bauan - harum atau busuk.
Kalau kita bersedih, ia rasa tersumbat. Kalau kita gembira, hidung terasa amat lapang. Selagi ia masih boleh bernafas, selagi itulah kita dapat menikmati dunia ini.

Jari Kelengkeng ke Mulut
Jari ini amat kecil menunjuk ke mulut. Jadi, 'kecilkan' atau kurangkan penggunaan mulut.
Jika mulut digunakan untuk makan, jangan makan terlalu banyak kerana pelbagai penyakit ikut masuk ke dalam tubuh.
Kalau bercakap harus berhati-hati. Kata orang tua-tua: Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda yang bermaksud: 'Jika tidak ada yang baik-baik untuk dikatakan, baiklah diam sahaja.'
Satu sahaja kegunaan mulut yang amat digalakkan iaitu banyakkan membaca, terutama Al-Quran.


BSAL: Banyak rahsiaNya yang tidak kita ketahui. 

Kalau diperhatikan di telapak tangan, kita akan dapat lihat 2 nombor dalam tulisan jawi. Sebelah kiri mewakili no 81, dan sebelah kanan mewakili no 18. Jika ditambah kedua-dua no, jumlahnya ialah 99. Sama jumlahnya dengan 99 Nama-nama Allah.


Left Hand Clip Art

tangan kiri


tangan kanan

1 comment:

Unknown said...

sa;am..Balqis,kita baru jumpa blog awk..hihihi..kenal lagi tak?

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾