Photobucket

Tuesday, April 23

Busiest month ever... (TRAINING)

Greetings...

April 2013. Busiest months of the year... 6hb hari tu start training. Smpai 14 hb. Orang lain bersenang lenang kat rumah coz masa tu cuti midsem. Kitorang pulak bertungkus lumus bertraining kat sini. But walaupun penat giler nak mati, tapi pengalaman dan pengajaran yang kitorang dapat, x boleh didapati kat mana2. Kerjasama, kekuatan, kebijaksanaan, tolak ansur, adab semua memainkan peranan penting. Training kali ni, rasa macam lagi penat dari annual camp hari tu. Memang sekejap je, tapi nonstop. Hari ni latihan merentas halangan. Next day pertandingan merentas halangan. Next next day, latihan kawad. Next next next day, pertandingan kawad. Next next next next day nye pulak, compass marching. Mana x mental. Macam mayat hidup dah aku rasa. Setiap hari just dapat tidul 3-4 jam. Ni nak cerita sikitlah tentang aktiviti2 yang kitorang involve.

Merentas halangan.
Tempat, dirahsiakan. Haha... Masa latihan, tengok. Ala, sikit je ni. Sekali, haa... amik kau. Semput. Masa latihan banyak kot dapat 'cenderahati'. Jatuh smpai lutut lebam teruk. Purple, biru semua warna ada. Masa pertandingan, nervous gilak. Yelah, mestilah nak menang kan. Lupa nak cakap. Ni interkompeni. Grouping. Loreng full +porches + bagpack 8kg + M16. Ok, mula2 memang x rasa berat. Tipu... rasa berat sikit. Total beban yang aku bawak hari tu, paling kurang 12kg. Dah lepas beberapa halangan, x cukup nafas dibuatnya. Sebelum tu, kena lari anak 200 m. 1st lepasi tembok 6 kaki. 2nd lompat 'longkang' (bab2 melompat, memang fail...), 3rd crawl bawah kawat duri (lutut yang dah tersedia berwarna warni, jadi rainbow lepas crawl), 4th kaki gajah, 5th monkey rack (ni yang paling fail... isk3), 6th lompat jugak. Tahap kepenatannya, x boleh nak bayang. Kena rasa sendiri. Dapat no 4. Xpalah, yang penting selesai. Balik naik bas, semua pakat membuta... Hobi...

Kawad kaki
Habis je merentas halangan, latihan kawad kaki pulak. Energy dah nak separuh habis. Bukan kawad kosong keyh. Kawad bersenjata. 1st time kot. Before this, adalah belajar sikit2. Seronok gilak. Tapi macam biasa. Ada je cenderahati yang aku dapat. Tangan cramp coz kene rusuk M16 tu lama giler. N again my kaki. Macam biasa, kalau pakai but. Melecet. Mak aii... sakit giler kot kaki. Jalan macam orang tempang dah. Tapi, tahan jelah. SEMANGAT KENTAL itu penting. Semuanya demi pengalaman. Bukan hari-hari boleh dapat. Semuanya berbaloi, coz kitorang dapt jadi naib juara. Tahun depan kena jadi juara...

Compass marching
Ni pengalaman paling best. Gabung dengan intermediate. Group 8. Sekali dengan amir, mael, syafiq, kinah yusof, aten, put. Total setiap sindiket 10 km. 2 checkpoint. Tapi rasanya sindiket kitorang jalan lebih 12 km. Gara-gara asyik berpatah balik. Mental giler masa 1st day. Suppose kitorang smpai checkpoint 1 dalam jarak 7 km. Tapi banyak salah jalan. Bukan sesat, but banyak sangat halangan. Like always. Bagpack + porches + M16. Sejam before smpai checkpoint 1 tulah masa paling mementalkan. Penat giler dah. Energy dah negative habis. Beban terasa 2 3 kali ganda. Dengan kaki melecet. Bekalan air dah xde. Perjalanan x tau bila akan berakhir. Menangis dalam diam kot. But respectlah dekat yang lelaki. Diorang tolong bawakkan seten bagpack perempuan. Tapi aku x minx tolong diorang, coz tengok diorang pun penat giler dah. Macam kura-kura dah aku bawak bagpack yang berat tu. Paling mental masa jalan satu jalan lurus. X nampak ending. N setiap lebih kurang 50 - 100 m ada jambatan. Before this, kitorang ada jumpa staf yang jaga checkpoint 3. Diorang kata kitorang punye checkpoint, lepas jambatan jalan lurus tu. Ok, jambatan pertama. Berharap dah sampai. Tapi malangnya, bukan. Jalan lagi. Jambatan kedua. Hari berbunga riang. Tapi bukan jugak. Jambatan ketiga. Harapan terkubur jugak. Jambatan keempat. Harapan punah. Semangat hilang. Jambatan seterunya. X berani meletakkan harapan. Tepat. Bukan jugak. Tidur 5 minit, refill tenaga. Kehausan melampau. Xda air. Jalan lagi. Jumpa penghujung jalan. Ada jambatan. Dengan langkah longlai, menapak perlahan-lahan. Tetiba ada yang berteriak. BENDERA MERAH!!! Dengan baki tenaga yang ada, aku berlari anak. ALHAMDULILLAH... sampai jugak akhirnya. Off pack, letak porches, bukak but, serbu air... Kenikmatan yang amat hebat. X akan aku lupa perasaan ni sampai bila-bila. Mengajar aku erti kemanisan sesudah kepayahan. Esoknya, perjalanan kami smooth je. Banyak rehat. Berbaloi kami berpenat semalam. Sampai di kem, urus diri. Berdikir barat seketika. Pulang. Dengan bekalan pengalaman yang amat berat dan berharga. Satu kepuasan. X dapat dicari di mana-mana.

Cenderahati2 masih ada lagi sampai hari ni. Aku berbangga dengan diri aku. X sangka aku boleh menghadapi semua yang telah berlaku. Banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari. Aku dahagakan pengalaman. Masuk ROTU memang keputusan terbaik yang pernah aku buat dalam hidup...


No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾