Photobucket

Wednesday, February 16

Nabi Muhammad - Ibu Susuan

Menurut kebiasaan adat resam kaum atasar umat Arab bahawa mereka akan menyerahkan bayi-bayi mereka kekampung-kampung untuk diasuh dan disusui oleh wanita lain. Rasulullah S.A.W tidak terlepas dari adat kebiasaan ini. Baginda telah diserahkan kepada seorang wanita bernama Halimah binti Zu'ib, isteri Al Haris bin Abdul Uzza, yang telah sudi mengambilnya setelah dia tidak memperoleh bayi yang lain, padahal bayi ini yatim tidak berayah. 

Siapalah yang agaknya yang dapat memberi bayaran kepada Halimah yang kemiskinan dan serba kurang itu. Tunggangan yang dikenderainya itu kurus kering. Unta yang dibawanya bersama tidak berair susu lagi. Disampingnya kini sudah ada pula seorang bayi yang perlukan susu. Terbayanglah di wajah anak itu gejala-gejala kemiskinan dan kelaparan orang yang bakal mengasuh dan menyusukannya nanti. Setelah Halimah Saadiah mengambil Muhammad lalu ia jatuh kasih kepada anak itu, sayangnya terhadap Muhammad adalah lebih dari anaknya sendiri. 

Ketika Halimah memeluk Muhammad terasa olehnya seakan-akan air susunya telah memesat dan mengisi badannya. Mula-mula disusukan anak kandungnya sendiri, setelah itu barulah Nabi. Dalam keadaan ia kebingungan memikirkan peristiwa itu, muncullah suaminya membawa senyuman yang melebar tanda kegembiraan sambil memberitahu isterinya bahawa susu untanya itu telah mengelambai ke bawah kerana berisi susu. Angkatan Halimah pun berjalan pula kedesanya dan dapat pula mengejar lain-lain rombongan penyusu, padahal sebelum itu ia telah ketinggalan, malah telah dapat mengejar mereka.

Kerana itu hairanlah orang-orang yang lain, bagaimana halnya maka tiba-tiba Halimah dapat mengejar mereka sedang kenderaannya kurus kering dan lemah tidak begitu berdaya sangat berjalan. Kini untuk itu dapat menghentak berat kakinya kebumi dengan begitu perkasa sekali. Mereka cuba meneliti tunggangan itu, betulkah ia, sudah berubah pula keadaannya atau barangkali Halimah sudah menukarnya dengan tunggangan yang baru? 

Di desa ternakan Halimah berkeliaran memakan rumput, bila pula kekandangnya kambing-kambing itu gemuk berisi tidak seperti kambing-kambing yang lain. Kaum Halimah cuba mengalihkan tempat menternak binatang mereka, manatau kalau-kalau kambing-kambing mereka juga boleh menjadi gemuk seperti kambing-kambing Halimah, tetapi sesia sahaja. Mereka semakin hairan mengapa kambing-kambing Halimah begitu cepat berisi, sedang kambing-kambing yang sama diternak pada suatu tempat tidak pula begitu sebagaimana yang disarankan oleh Al Haris, suami Halimah, 

"Bahawa anak yatim ini adalah merupakan suatu jiwa yang bertuah. Kita telah memperoleh banyak tuah. Kambing ternakan kita telah gemuk dan banyak pula air susunya. Pada keseluruhannya Allah telah memberkati apa sahaja yang ada dalam tangan kita." 

Demikian satu-satunya keluarbiasaan yang terjadi ke atas kehidupan keluarga ibu susuan Rasul tatkala memelihara orang yang kemudian harinya memancarkan rahmat keseluruh alam buana. Tatkala dalam pemeliharaan Halimah, Nabi seperti kebiasaan anak-anak yang lain sering bermain-main dengan teman-temannya. Tetapi Halimah selalunya berasa bimbang dan waspada malah sering juga ia menyuruh saudara susuannya memerhatikan Rasul

-Mukjizat Nabi-nabi, H. Luqman Hakim-

No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾