Photobucket

Saturday, August 4

Hanya...

Dalam hidup ni, x semua yang kita nak, kita akan dapat. Setiap orang macam tu. Semuanya kena usaha. Haiwan pun x akan dapat apa yang dia nak, kalau dia x usaha. Singa x akan dapat makan kalau dia x pergi memburu. Masa pergi memburu pulak, kalau dia x berusaha 'mengatur' strategi, x dapatlah dia makan.

Just like another normal human being, aku hanya pandai bercakap. hakikatnya banyak benda dalam hidup ni yang aku x puas hati. Haha... Well, kena terimalah dengan seadanya. Jiwa selalu berperang, mengatakan ini x betul, itu x betul. Jadi apa yang betul? Hakikatnya aku sendiri x tahu. Hanya Dia yang Maha Tahu.

Dalam hidup, banyak perkara yang telah dan akan dipelajari. Terpulang pada diri untuk menghadapi perkara tersebut. Bila positif diri, maka positiflah hidup. Bila negatif diri, maka negatiflah hidup. Suka, duka, airmata, tawa menjadi rempah yang menambahkan perasa dalam hidup.

Something happened, always said, let bygone be bygone. Tapi hakikatnya, saban hari perkara tersebut masih difikirkan. Dalam otak yang kecil ini, akan timbul hanya satu soalan yang tidak mampu dijawab, WHY? Bagaikan ketagihan yang melegakan, walaupun tiada jawapan yang pasti dapat diberikan.

Sering mempersoalkan setiap perkara yang berlaku dalam hidup. Jari menuding ke arah semua sudut. Tapi jarang sekali jari mengarah mencari penyelesaian, mencari jalan memperbetulkan kesilapan, menyelesaikan permasalahan. Ego menguasai diri.    

Bersyukur padaNya, jarang sekali. Meminta kepadaNya, tidak terhitung. Hanya diri sendiri yang penting. Manusia keliling diketepikan. Ia satu keperluan, bukannya kehendak. Jangan menipu diri sendiri. jujur dengan diri, dapatlah diri diperbaiki. Hadapi diri. Pandangan orang diambil kira, bukan diambil berat. Kerana mereka sama sahaja seperti aku.

No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾