Photobucket

Saturday, August 4

1 tahun, 11 tahun, 21 tahun

Ada 3 kategori umur kat sini. Bayi (1 tahun), kanak-kanak (11 tahun) dan remaja (21 tahun). Pagi-pagi ni tetiba terpikir pasal tajuk ni. (Sebenarnya dalam mood bersedih sebab hari ni balik kampung. N kucing-kucing yang aku bela selama 4 bulan ni akan dihantar ke kampung sebab lepas aku sambung masuk U, adik2 aku xde yang nak jaga. Know what i feel right now? 100% angry. Kenapa bawak balik kucing tu kalau x sanggup nak jaga? Ni x. Lepas aku jaga baik2, spend time dengan kucing2 tu, diorang nak 'buang' kucing tu plak. Mood sangat kecewa.)

Situasi: Main mercun
1 Tahun: *tutup telinga* *lari masuk rumah* *menangis*
11 Tahun: Yay! Yay! main mercun. Nak main jugak...
21 Tahun: Jangan main mercun tu!! bahayalah. Kalau kena tangan macam mane? Bising tau x? Pikir jiran2 sebelah rumah. Bakar mercun tu ibarat bakar duit mak bapak korang (Fuhhh... pjg btol)


Situasi: Tengok TV
1 Tahun: *teletubbies* *x pandang pun TV tu*
11 Tahun: Habis satu rancangan kartun, terus sambung rancangan kartun yang lain. Selagi TV x meletup, selagi tu, TV tu harus beroperasi. (x larat nak senaraikan kartun2 yang ada. Banyak sangat)
21 Tahun: CSI, Harry Potter, Drama, Sinetron, Anime, Bertita, Sukan, Politik (Kalau boleh, kalau ada 10 channel TV, nak ada 10 biji TV jugak coz dapat tengok semua cerita yang ada).


Situasi: Makanan
1 Tahun: *makan je apa yang ada depan mata, x kiralah benda tu boleh makan atau x* *meja, kerusi, lantai, semuanya nak dirasa*
11 Tahun: Nak itu, nak ini. X nak makan sayur. Nak jajan. *kalau x dapat, menagis, merajuk, hentak2 kaki*
21 Tahun: Western food, Chinese food, Indian food, Italian food, Maggi, *selagi ada duit, smua makanan nak ditelan*


Situasi: Kawan
1 Tahun: *Main je dengan sesape, walaupun x kenal, asalkan ada mainan yang menarik hati*
11 Tahun: *start pilih kawan yang sebulu* *Main dengankawan sampai x ingat dunia, x ingat makan, x ingat tidur* *Gaduh sikit, x nak kawan. Esoknya main cam biasa*
21 Tahun: *inerview semua orang, cari siapa yang sesuai dijadikan kawan* *Pelbagai drama dan filem berlaku especially bab2 negatif* *mula timbul istilah makan makan kawan, best friend forever, enemy, dan sebagainya* *Start ada 'list' kategori orang*


Situasi: Komputer / Laptop
1 Tahun: *main tekan2, sampai rosak* *x pandang pun*
11 Tahun: *main game, selagi laptop x meletup, selagi tu akan main game*
21 Tahun: *Internet 24 jam.* *laman sosial sebagai medan meluahkan perasaan, perbincangan perkara serius ataupun santai* *muzik*



Situasi: Duit
1 Tahun: *renyuk2, makan/masuk dalam mulut*
11 Tahun: *dapat duit, terus pergi kedai, habiskan duit semata-mata untuk beli keropok n gula2*
21 Tahun: *spend duit untuk pakaian, gadget, makan, jalan2* *bila dah xde duit, duduk bilik, makan megi*


Situasi: Pakaian
1 Tahun: *pakai je apa yg mak pakaikan* *x pakai apa2*
11 Tahun: *pakai je apa yg mak bagi*
21 Tahun: "ish, ni x cantiklah, x ikut trend" "eiii, malulah nak pakai baju ni, nanti apa orang kata" *baju2 berjenama menjadi pilihan* *biar papa, asal bergaya*

(to be continue, sebab mengantuk, otak x boleh berfikir)


Situasi:
1 Tahun: 
11 Tahun: 
21 Tahun: 







Thursday, July 12

Esok


Akhirnya hari yang dinanti-nanti bakal menjelma. X sampai 24 jam je lagi. Hari keputusan yang bakal menempatkan masa depan aku. Mayb sebahagian masa depan aku. Hmmm...



Nak sedia link awal2. Esok trus klik je...

hotline at 03-8870 6767
Helpline at 03-8870 6777
SMS 'UPU RESULT (IC No)' to 15888


Sangat bersemangat di situ. Perasaan sekarang? X de pape perasaan pun. Y? Nak buat camne, memang xde rasa apa2... Mayb coz x nak terlalu mengharap. *tettt* tipu. Aku harap sangat2 dapat masuk UPM. Bukan apa, aku memang dah bayang aku ada kat serdang since aku masuk UPMKB dulu. Bukanlah memilih, tapi aku nak macam tu. Nak buat camna. Haihhh... Kalau.. kalau dapat U lain pun, aku still bersyukur. At least dapat jugak further study... 




Harap kawan-kawan aku pun akan dapat result yang diorang mahukan. Sama-sama study kat tempat sama. Biarlah sama-sama berjaya. Kalau sama-sama masuk U yang sama pun best jugak. Waaaa...

 

Saturday, July 7

Result UPU


Penantian tu memang menyeksakan. Apatah lagi kalau menanti sesuatu yang akan menentukan hidup dan masa depan diri sendiri. Cuak2... Tinggal seminggu je lagi before result UPU akan keluar. Nervous ada. Takut ada. Happy pun ada sebab x payah nak tunggu lama2 lagi. Hanya dapat mengharapkan yang terbaik. Aku dah lakukan semampu boleh dah sebelum ni. Walaupun hakikatnya banyak lagi yang perlu aku pertingkatkan. Almaklumlah, namapun manusia kan. Sentiasa rasa x puas hati. Ecece...


Sebenarnya aku xda target apa2. But, aku akan terus fokus dalam bidang degree yang akan/kalau aku dapat nanti. Aku xnak masih terumbang-ambing macam masa diploma dulu. Seksa tau. Asyik fikir, lepas ni nak buat apa? Patut ke aku amik ni? Kalau dapat degree ni, aku nak fokus sampai dapat master kalau boleh. Kalau x dapat master pun, aku akan terus kerja dalam bidang degree yang aku dapat. Aku x nak buang masa dah. Dah banyak masa aku buang masa diploma dulu. 

Semoga semuanya berjalan lancar... Amin...

Monday, June 11

Terap


Ni lah rupa buah terap bila dah masak. First time aku jumpa buah ni masa kat UPMKB, tahun lepas. (=____=") Dahsyat kan? Dah 3 tahun duduk sana, sem last baru aku perasan buah ni. Dah lah hari2 dok lalu sebelah dia. Aku start perasan buah terap ni bila malam2 aku lalu atas bukit nak pergi kuliah. Scary yang amat. Dahlah lampu jalan mogok x nak menyala, pastu lalu bukit tu, tetiba bau wangi semacam. Kepala dah bayang macam2 dah. Nasib baiklah ada jugak orang yang lalu situ. Kalau x, memang dah langkah seribu aku. (haha). Next2 day, barulah aku tau. Tu sebenarnya bau buah terap yang dah masak. Seriously, sangat wangi.


Masa LI kat unit kerbau n lembu (Sem 6), kitorang pergi unit rusa. N kebetulan hari tu, ada buah terap yang dah masak. Pe lagi. Dengan pantas, pokok dipanjat n buah tersebut diambit. Bukannya rendah pokok tu. Tinggi lah jugak. Ala2 tinggi pokok durian kot. (Maybe pendek sket). Lepas amik buah tu, dengan x sabarnya, kopekla buah terap tu. Ceh, x masak lagi rupanya. Rupa buah tu, lebih kurang macam cempedak. Isi pun, bentuk lebih kurang. Tak taulah. Maybe diorang adik-beradik kot.


Pekerja TPU (yang jaga unit kitorang) cakap, kena tunggu buah tu jatuh dulu. Yang dah jatuh tu, confirm dah masak. But, masalahnya bila buah tu jatuh, dia terus pecah. So, terburailah semua isi dia. Kena cepat2 kutip. Kalau lagi hebat, gi tangkap buah tu. Masa kat unit rusa tu, lawak plak rasanya. Masa buah tu jatuh, kitorang terpaksa plak berebut dengan sekor rusa ni, nama dia Rose. Dia dari start lagi dah ada kat pokok tu. Menanti buah jatuh la kot. Bila ada buah yang jatuh, konfirmlah ada isi yang terkena tanah. Kitorang hanya mampu melihat jelah isi yang dah kena tanah tu. Rezeki untuk Rose yang setia duduk kat bawah pokok terap tu. (huhu)

Ada satu time ni, kawan aku gi guna dahan nak jolok buah yang dah masak (warna kulit kuning macam dalam gambar). But unfortunately, dahan tu patah n pappp... Tepat kena kat kepala aku. Dalam banyak2 kepala, kenapalah kepala aku jugak yang jadi mangsa. Biol aku kejap... Tapi xpelah, dapat jugak merasa buah terap tu. Sedap gilerrr!!! Manis lagi. Wangi lagi. Aiii... tetiba rasa macam nak makan buah terap. Tapi mana nak dapat kat sini... Takkan kena balik UPMKB kot. X nak aku... (hahahahaha)

Demam, selesema, ulcer

Dua hari lepas, hujan agak lebat jugaklah. Tetibe plak tu, n non-stop (ada ke hujan stop2?). Lama ke x, aku berapa nak ingat la plak. Lama kot. Walaupun aku syok berteduh kat rumah, n x kena setitik pun air hujan masa tu. Ntah kenapa, start semalam, asyik bersin memanjang. Nak kata sebab sejuk, xdela sejuk sangat. Macam biasa je. Hmmm... 


Sepanjang 21 tahun aku hidup, seingat aku jarang aku kena demam n selesema. Untung la kan. Kalau demam setahun sekali pun susah nak dapat n sekejap je. Selesema je lah, berminggu jugak baru nak baik. Alhamdulillah. 

Tapi walaupun jarang kena demam, aku dari kecik x sah klau x kena ulser mulut. Purata sebulan sekali jugak lah. 


Kadang-kadang kalau kena ulcer, x rasa apa2. Imun dah kot (haha). Tapi imun camna pun, kalau time dia sakit, pergghhhh!!! Pedihnya mencengkam tulang. Especially kalau ada ulcer kat bawah lidah, gusi n dekat tekak.


 Masa sek menengah, pernah sekali aku kena ulser. Teruk jugak la. Penuh mulut aku kena ulcer. Sempat jugak aku kira masa tu. Lebih kurang 20 ulcer jugaklah. Aku dah pikir macam2 dah masa tu. Coz, aku ada baca, klau kena ulcer banyak2 macam tu, maybe kena kanser mulut. Mak aiii... Cuak tahap gaban aku. Tapi lama2 ulcer tu hilang sikit demi sikit. Doktor pernah cakap. Ulcer jadi maybe sebab kurang air or stress. Aku rasa kurang air kot.

BSAL, air penting untuk kesihatan, k... Minum air masak banyak-banyak. X memudaratkan kesihatan pun. Kesihatan bertambah baik adalah. X mahal pun air tu. Boleh dapat free je.

 

Harddisc Rosak!!!

Aduh, gawat nih!! 
Boleh pulak external HD rosak masa2 macam ni... Sayang betul... 
LI aku (report+gambar) semua ada kat dalam hd tu. Dah lebih seminggu jugaklah dia mogok. Harap-harap, something happen n dia hidup balik. Hantar gi kedai, orang tu cakap maybe kena virus. Aiseh... Lupa nak scan hari tu. Sangat x best rasanya... -_____-

Don't Mix

Don't mix 

between

my personality

and

my attitude

because

my personality

is 


ME


and

my attitude

depends on 


YOU

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾