Photobucket

Wednesday, November 3

Facebook

Salam...

Ok, hari ni mari kite cakap psal facebook. Facebook ni diasaskan oleh Mark Zuckerberg. Sehingga bulan Julai 2010 je, dah ade 500 million active users. Giler rmai... N aku konfem kebanyakan kite ade akaun fb sendiri kan.  Budak sekolah rendah pun dah pandai main fb skrang ni. Aku dulu tengok internet pun x pernah. Punyela kuno kan.... haha~

Facebook ni bagi aku satu kaedah untuk melepaskan stress. X taula bagi orang lain. Tapi aku rase rata2 orang mesti pikir hal yang sama. Fb ni best pe coz dapat jumpe ngan kawan2 lame, saling tukar2 maklumat dan info2 menarik, saling menasihati. Plus kite bleh tau berita terbaru dengan cepat selain dapat berkongsi masalah yang ade. Tapi biasela, setiap sesuatu yang baik tu, mesti ade buruknye jugakkan.

Tadi pegilah melompat dari satu website ke satu website. Terkejut gakla tengok pendedahan sesetengah website tentang fb users ni. Rmai yang menyalahgunakan ruangan fb ni. Diorang gune untuk mengutuk sesama sendiri, menghina agama, memberontak, menghina para pemimpin, malah ade yang sampai menjual diri. Astaghfirullah... Ape nak jadi dengan manusia sekarang.

Bagi yang menghina pemimpin tu, x bleh ke tegur secara elok2. Perlu ke sampai nak mengeji dan memburukkan nama pemimpin tersebut. Semua orang melakukan kesalahan. X perlu kot sampai nak menjatuhkan maruah pemimpin tersebut. Dah selidik btol2 ke, ape yang pemimpin tu buat adalah salah? Ade bukti? Lagipun, siapa yang memilih pemimpin2 tu? Bukan kite sendiri ke? Klau bukan kite yang pilih pun, kite kenela hormat orang tu. Come on la. Natural instinctla. Klau kite dipilih menjadi pemimpin, lpas tu orang tabur fitnah dekat kite, kite suke ke? kite bahagie ke? Bagi yang pemimpin plak, fikirlah kaki anda sebelah berada di neraka, dan sebelah lagi berada di syurga. Tanggungjawab yang anda pikul termatlah berat. Berlaku adillah terhadap semua. Jalankan tugas anda sebaik-baiknya. Ini tidak, pemimpin sendiri melakukan onar.

Bagi mereka yang menjual diri plak, korang x kesian ke dekat parents korang. Mak bapak korang punyalah bersusah payah membesarkan korang supaya korang jadi manusia bergune, korang senang2 je merosakkan diri korang sendiri. Hmm.. X mau cakap banyakla kan. Ni semua orang boleh pikir kesan dan akibatnya. Korang boleh bersuka ria waktu sekarang. Di kemudian hari, rase2 nye boleh bersuke ria macam ni lagi ke?

Aku ni pun ade banyak keburukan daripada kebaikan. Aku sedar. Aku cube berubah ikut kemampuan aku. Aku nasihat ni sebagai peringatan untuk semua especially untuk diri aku sendiri. Klau zaman sekarang facebook dijadikan medan peperangan, x mustahil satu hari nanti muka bumi ni akan tercetus satu lagi peperangan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan sampai kite sudah kehilangan segala-galanya baru kite nak menyesal.

-BSAL-

No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾