Aku rasa aku dan kurakura ada banyak persamaan... Baik dari segi tersurat ataupun tersirat... Hampir semuanya sama... Hehehehe...
"We're so busy thinking about our own bruises, our own scars, we forget how to forgive. But if we just take the time to peek into someone else's world, even unforgivable, can be forgiven" -spring waltz-
Friday, March 23
230312 15:17
kau tahu, menggeletar tangan aku bila baca 'artikel'ni. Sebab marah? bukan kot. Sebab takut? Bukan jugak rasanya. Maybe xde sebab. Semua perasaan bercampur aduk. Heart beat aku race macam baru lepas berlari.
Yang aku tau, aku sangat sedih n mungkin ada airmata yang tumpah.
Aku bukan manusia yang pandai berkata
Aku bukan manusia yang hebat budinya
Aku bukan manusia yang elok pekertinya
Namun, di sudut hati. Aku mengimpikan menjadi
Manusia yang pandai berkata
Manusia yang hebat perwatakannya
Manusia yang indah perilakunya
Untuk apa? Supaya tidak ada satu hati pun yang terluka dan terusik disebabkan aku. Aku cuba sedaya upaya untuk melindungi hati2 mereka. Namun, sebaliknya yang berlaku.
Tanpa aku sedar, seketul daging yang sepatutnya dijaga rapi
Telah aku calari.
Membuatkan aku takut untuk menghadapi dunia ini...
Aku hanya berani mengukir kata-kata
Namun menjadi tikus apabila berbicara
Menjadi hina apabila bertingkah
Thursday, March 22
Diploma dah habis!!
Jam 1 petang semalam, tepatlah tamatnya final paper for final exam untuk final year Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Semalam x rasa sangat apa-apa perasaan. Pagi ni baru terasa sikit lepas tengok status masing-masing.
GEMBIRA
Of coz la happy kan. Dapat balik rumah yang aku rindui selama-lamanya. Kalau boleh, x nak sambung degree dah. Nak duduk rumah je. Hahaha... Happy sebab dah habis belajar, tinggal masa nak grad, dah nak sambung degree n boleh kerja bagus-bagus. Boleh beli rumah n kereta sendiri. Boleh tampung family dengan duit sendiri plak lpas ni... hahaha... Tapi sebenarnya perasaan happy ni xdelah sebesar perasaa2 lain yang aku rasa
SEDIH
N of coz la sedih. Aku akan tinggalkan bintulu n upmkb. Mulut je kata x sukalah, rimaslah. Tapi dalam hati sebenarnya sayang nak tinggalkan sini. Yelah. 3 tahun duduk sini. Macam-macam benda yang dah berlaku. Memori suka dan duka bercampur gaul dan menjadi sebatian dalam ingatan dan hati aku. Kat sinilah aku belajar banyak benda. Terutama dalam hal kawan n etika hidup. Ececece... X kan dapat dah kat mana-mana. Sekali seumur hidup je boleh rasa. Sayang nak tinggalkan kawan-kawan kat sini terutamanya semua pelajar alumni DKHP 09/12. 3 tahun aku bersama diorang. Walaupun ada yang rapat, n ada yang x berapa rapat. Aku still treasure korang semua. Another best thing happen to my life. Daripada korang, aku belajar macam mana nak handle hidup aku. Macam mana nak hidup, macam mana nak itu dan ini. Korang dah banyak bantu aku sepanjang 3 tahun aku kat sini. Korang jadi idola aku dan panduan aku untuk aku tempuh hidup aku akan datang. Well, sedih kot bila fikir lepas ni, kita x dapat nak jumpa lagi. Sob3. Tapi nasib baik ada alam maya kan. Sekurang-kurangnya bolehlah tau berita korang.
TAKUT
Of coz takut. Kalau aku x dapat result yang bagus n x dapat nak sambung degree macam mana? Memang aku kata aku boleh kerja. Tapi, perasaan nak sambung degree tu lagi tinggi dari kerja. Aku dah bayangkan diri aku ada kat upm serdang. Jumpa balik kawan-kawan lama. Buat gathering sama-sama. Reunion, sembang pasal semua benda, termasuklah kenangan-kenangan kat upmkb. Memang best. Memandangkan masing-masing dah ada kenderaan sendiri nanti, bolehlah buat konvoi. Time raya ke. Masyuk... Sekarang ni, tunggu masa graduation day jelah masa kita untuk bersua lagi...
BANGGA
Of coz bangga coz aku berjaya n bertahan selama 3 tahun kat sini. N tamatkan diploma aku. Walaupun dulu rasa macam nak nangis n kadang-kadang rasa menyesal pilih tempat yang jauh n kos ni. But now, everything dah settle. N xde apa yang perlu aku risaukan lagi. Tinggal nak naik stage, pakai baju grad, amik gambar, make my parents proud of me =)
Monday, March 19
K-Pop
K-pop. Zaman sekarang ni sape je yang x tau k-pop. X tau banyak pun, sikit2 mesti tau kan. Ada yang obses n ada jugak yang anti. Yang obses, aku s kisah. Yang anti pun aku x kisah. Sukati masing2. Masing2 ada taste sendiri. Ok, aku jugak peminat k-pop. Just xde lah terlalu obses. Just suka dengar lagu diorang. Walaupun x paham, tapi ada something yang attractive kat lagu2 diorang. Tambah2 plak dengan dance2 diorang. Aku lagi minat group compare than individual. N honestly, lagi minat dekat boy's group daripada girl's group. Setiap group, ada sorang je kot yang aku paling minat. Sebab aku minat? Mostly aku minat sebab suara, personality and of course mata. Mata adalah anggota badan yang paling indah bagi aku. Hehe... So, ni certain group n member yang aku minat.
My 1st list. Haha... T.O.P from Big Bang. Mata dia cantik kot. Personality pun ok. For me, perfect dah dia ni. Suara pun memang tip top. Namapun top kan.
Key from SHINee... Tertarik sebab mata dia jugak.
Ok Taecyeon from 2pm. Dengar kata ramai x suma dia. But, aku peduli apa kan. Aku suka kat dia. Haha...
Yo Seob from Beast. Walaupun x berapa minat Beast. Tapi ada certain lagu dia yang best. Suara mamat ni memang sedap.
Max Changmin from DBSK or TVXQ
Hoya from Infinite
G.O from MBLAQ.
Ryewook from Super Junior. Suara dia memang sedap. Fuh...
Jang Geun Suk. Suara dia wow k...
Girl's group aku minat sikit2 je. Aku minat Soo Young from SNSD. Dia saaaangat cantik... Sandara Park from 2ne1, Ga-In from Brown Eyed Girl, Goo Hara from KARA, Sulli from f(x) n dll. Tak ketinggalan IU, n Lee Hyori. Hehe
Sunday, March 18
UNiversiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Pagi ni lebih kurang jam 7 pagi, dengan semangatnya aku bersiap2. Terus capai mp3 n kamera yang dah aku cas siap2 semalam. Pakai kasut. N terus memulakan operasi. Jeng3~
Keluar lambat sikit pagi ni, so x rasa sejuk sangat. 1 jam aku berjalan tanpa henti. Tet... tipu. Ade berenti kejap2. Untuk apa? Untuk amik gambarlah. Tulah fungsi aku bawak kamera. Bukan hanya untuk tayangan sahaja ye. Masa jalan2 plus amik gambar tadi, tetiba rasa macam orang gila je. Mana x nya. Jalan sorang2. Amik gambar pokok lah, apelah. Itulah, inilah. Tapi aku peduli apa. Hahaha... Ingatkan hari ni x de orang kerja. Tapi tengok kat pentadbiran tari, banyak jugak kerata. Kesian diorang. Hmmm... xpelah, carik rezeki kan. Mana boleh pilih masa nak bekerja.
Xde orang pun tadi. Maksud aku, yang berjoging ke, ape ke. Ada sorang je budak perempuan joging. Pun sorang2 gak. So, aku xdelah freak sangat kan. Uiii... caktik rupanya u aku ni. memang dah lama tau. Cuma nak puji lagi je.
tupai ni kat belakang bilik aku. Klau de bunyi bising, aku selalu usha. N tepat jangkaan aku, si tupai tengah mengisi perut. N aku selalu akan kelam kabut cari kamera untuk snap gambar beliau. Tapi selalu x dapat. Bukan sebab si tupai lari. Tapi sebab bateri kamera habis. -____-
Salah satu creature yang ada kat sini. Ni yang dah mati punya. X ingat bila aku amik. Tapi yang pasti kat atas jalan antara blok J n KK2.
Rusa ni pandang aku macam nak makan aku je...
Semut pun masuk gambar jugak kan...
Bangau pun ada
Pusat Islam
Sekumpulan burung. Maybe tengah sibok bergosip sampai x sedar aku snap gambar diorang.
Bangunan Pentadbiran
Otw nak pergi bangunan pentadbiran.
Taman Botani
Bangunan akademik yang baru. Sayangnya, aku n kawan2 x dapat nak merasa study dalam bangunan ni coz baru je siap. Baru ke? Barulah jugak. Tahun lepas siapnya.
Ni rumah dekan. Teringin nak pegi tengok kat dalam. Tapi xpelah.
Masa ambil gambar rusa ni tadi, sekor rusa tu berbunyi. Bingit telinga aku. Suara macam petir. Nasib baik xde orang masa tu. Malu aku.
Matahari pagi di UPMKB
Perpustakaan
Ni gambar dari foodcourt
Sekian. Tu jelah kot gambar2 yang menarik. Yang lain tu macam x menarik. So, x upload. Well, another week left. Gonna treasure my time here...
6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya
6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya..
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali
bertanya..
1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali
menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah
"MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati. (Ali Imran 185)
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
Murid-muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam
Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat
kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata
Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf
179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita
ke neraka.
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan,
binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka
untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
karena ia tidak dapat memegang amanahnya.
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam
Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara
pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang
paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Apabila Luntur Sifat Malu
APABILA LUNTUR SIFAT MALU
1. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibu bapa akibat
lunturnya malu
2. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang rasa malu
3. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu
4. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu
5. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu
6. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu
7. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu
8. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak
beradab apabila kurang rasa malu
9. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi
melalak terlolong akibat tidak malu
10. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan
mengaut keuntungan apabila pudarnya malu
11. Pemerintah mula melakukan kezaliman,juga akibat dari hilangnya rasa malu
Untuk Adam Dan Hawa
Khusus buat ADAM dan HAWA:
Untuk adam.. andai mahu mencari hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata.. kerna hawa hari ini tidak
lagi seperti dulu.. lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd
kulit lelaki lain tanpa lapik.. Fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..Sesungguhnya
memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita
kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur
bibirnya.. andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati
masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur
buruk diri si suami..
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah
mata miliknya.. andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin
terus menyunting dirinya.. khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar
memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
Untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai
liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna
maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. khuatir juga subuhnya terus leka
dibuai mimpi nan indah..
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..
andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai
masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala
berbicara.. andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya
andai masih tegar memilihnya.. khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan
menerima hamburan cacian yang menyeksakan..
Peringkat Ikhlas
Berkata Syaikhul Islam Zakariya Al-Ansari r.a. : "Darjat tingkatan Ikhlas ada 3 :- Tiinggi, pertengahan dan rendah
Peringkat Ikhlas Tinggi :
Amalan yang dilakukan hanya semata-mata kerana Allah demi menurut perintahNya dan mendirikan hak ubudiyah kepadaNya, tidak kerana menginginkan syurgaNya dan bukan juga kerana takutkan nerakaNya. Sepertimana berkata Rabi'atul Adawiyah, "Tidaklah aku beribadah kerana inginkan syurgaMu dan tidak pula kerana takutkan nerakaMu, tetapi aku beribadah demi menurut perintahMu"
Peringkat Ikhlas Pertengahan:
Amalan yang dilakukan untuk mendapat pahala dan ganjaran akhirat.
Peringkat Ikhlas Rendah:
Amalan yang dilakukan untuk mendapat kemuliaan dari Allah di dunia dan selamat dari penyakit dan kecelakaan dunia.
Dan selain dari tiga peringkat ini adalah Riya' walaupun berbeza-beza jenisnya"
Daisy
No Matter What, Future Can Be Changed
Baru saja habis tonton Movie Korea, tajuk Daisy. Tengok tajuk, ingatkan cerita pasal pet of family. Ooo... rupanya pasal love. Hmmm... sweet jugak. N apa orang kata, sadis?
Its about a women artist, a serial killer and a cop. Serial killer suka kat artist dah lame dah. Just secara senyap2. Cool. Si artist x tau just selalu receive sejambak daisy depan kedai atuk die everyday. Pastu die jumpa si cop, tengah pegang bunga daisy. N diorang mula suka satu sama lain. Dipendekkan cerita, last2 si cop mati. Si artist bisu n then mati. Rasenye si serial killer je yg hidup, tapi x taulah. Mati jugak kot. Dua2 actor lelaki dalam cerita ni memang smart. =))
X tau macam mana nak explain perasaan masa tengok movie ni. Cerita2 macam Iris, 71 Into The Fire, Iljimae memang best klau nak dibandingkan dengan cerita genre2 lain. Maybe lagi senang klau cakap aku suka cerita2 tragis love kot. Haha. Freak person huh...
Friday, March 16
160312 19:03
Aku hanya insan biasa. Mungkin ini merupakan satu petanda bahawa perubahan tidak seteruk yang aku jangka. Aku bersyukur. Aku lebih tenang kini.
Thursday, March 15
Melayu 2
Rules:
1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. Ok, go!
5. When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your note.
SEE WHAT YOUR MEDIA PLAYER GIVES YOU :D
Airmata Kekasih
2. How would you describe yourself?
Pastikan
3. What do you like in a guy/girl?
Kekasihku
4. How do you feel today?
Gerimis Mengundang
5. What is your life’s purpose?
Engkau Laksana Bulan
6. What's your motto?
Rahsia Hati
7. What do your friends think of you?
Cari Jodoh
8. What do you think of your parents?
Akustatik
9. What do you think about very often?
Permaisuri
10. What is 2 + 2?
Bukan Superstar
11. What do you think of your best friend?
Pada Syurga Di Wajahmu
12. What do you think of the person you like?
Situasi
13. What is your life story?
Suraya
14. What do you want to be when you grow up?
Tamparan Wanita
15. What do you think of when you see the person you like?
Coba
16. What will you dance to at your wedding?
Kita Bersaudara
17. What will they play at your funeral?
Lagu Jiwa Lagu Cinta
18. What is your biggest fear?
Kepulangan
19. What is your biggest secret?
Sesungguhnya
20. What will you post this as?
Tak Tercapai Akalmu
English 2
Rules:
1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. Ok, go!
5. When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your note.
SEE WHAT YOUR MEDIA PLAYER GIVES YOU :D
Away From The Sun
2. How would you describe yourself?
I Want to Spend My Lifetime Loving You
3. What do you like in a guy/girl?
He Lives In You
4. How do you feel today?
Live Like You're Dying
5. What is your life’s purpose?
Bleeding Love
6. What's your motto?
Thousand Miles
7. What do your friends think of you?
Hero
8. What do you think of your parents?
Sway
9. What do you think about very often?
The Way I Loved You
10. What is 2 + 2?
Dangerous and Sweet
11. What do you think of your best friend?
I Don't Wanna Be
12. What do you think of the person you like?
Knock Knock
13. What is your life story?
As Long As You Love Me
14. What do you want to be when you grow up?
Good Life
15. What do you think of when you see the person you like?
Look Through Me Eyes
16. What will you dance to at your wedding?
Higher
17. What will they play at your funeral?
My Love Will Get You Home
18. What is your biggest fear?
Stuck
19. What is your biggest secret?
Time For Miracles
20. What will you post this as?
I Like To Move It
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Blog List
Pantasnya Masa Berlalu...
Make your own Countdown Clocks
✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾