Khusus buat ADAM dan HAWA:
Untuk adam.. andai mahu mencari hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata.. kerna hawa hari ini tidak
lagi seperti dulu.. lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd
kulit lelaki lain tanpa lapik.. Fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..Sesungguhnya
memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita
kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur
bibirnya.. andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati
masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur
buruk diri si suami..
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah
mata miliknya.. andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin
terus menyunting dirinya.. khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar
memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
Untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai
liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna
maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. khuatir juga subuhnya terus leka
dibuai mimpi nan indah..
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..
andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai
masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala
berbicara.. andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya
andai masih tegar memilihnya.. khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan
menerima hamburan cacian yang menyeksakan..
No comments:
Post a Comment