Photobucket

Thursday, March 22

Diploma dah habis!!

Jam 1 petang semalam, tepatlah tamatnya final paper for final exam untuk final year Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Semalam x rasa sangat apa-apa perasaan. Pagi ni baru terasa sikit lepas tengok status masing-masing.


 
GEMBIRA
Of coz la happy kan. Dapat balik rumah yang aku rindui selama-lamanya. Kalau boleh, x nak sambung degree dah. Nak duduk rumah je. Hahaha... Happy sebab dah habis belajar, tinggal masa nak grad, dah nak sambung degree n boleh kerja bagus-bagus. Boleh beli rumah n kereta sendiri. Boleh tampung family dengan duit sendiri plak lpas ni... hahaha... Tapi sebenarnya perasaan happy ni xdelah sebesar perasaa2 lain yang aku rasa


 
SEDIH
N of coz la sedih. Aku akan tinggalkan bintulu n upmkb. Mulut je kata x sukalah, rimaslah. Tapi dalam hati sebenarnya sayang nak tinggalkan sini. Yelah. 3 tahun duduk sini. Macam-macam benda yang dah berlaku. Memori suka dan duka bercampur gaul dan menjadi sebatian dalam ingatan dan hati aku. Kat sinilah aku belajar banyak benda. Terutama dalam hal kawan n etika hidup. Ececece... X kan dapat dah kat mana-mana. Sekali seumur hidup je boleh rasa. Sayang nak tinggalkan kawan-kawan kat sini terutamanya semua pelajar alumni DKHP 09/12. 3 tahun aku bersama diorang. Walaupun ada yang rapat, n ada yang x berapa rapat. Aku still treasure korang semua. Another best thing happen to my life. Daripada korang, aku belajar macam mana nak handle hidup aku. Macam mana nak hidup, macam mana nak itu dan ini. Korang dah banyak bantu aku sepanjang 3 tahun aku kat sini. Korang jadi idola aku dan panduan aku untuk aku tempuh hidup aku akan datang. Well, sedih kot bila fikir lepas ni, kita x dapat nak jumpa lagi. Sob3. Tapi nasib baik ada alam maya kan. Sekurang-kurangnya bolehlah tau berita korang. 


 
TAKUT
Of coz takut. Kalau aku x dapat result yang bagus n x dapat nak sambung degree macam mana? Memang aku kata aku boleh kerja. Tapi, perasaan nak sambung degree tu lagi tinggi dari kerja. Aku dah bayangkan diri aku ada kat upm serdang. Jumpa balik kawan-kawan lama. Buat gathering sama-sama. Reunion, sembang pasal semua benda, termasuklah kenangan-kenangan kat upmkb. Memang best. Memandangkan masing-masing dah ada kenderaan sendiri nanti, bolehlah buat konvoi. Time raya ke. Masyuk... Sekarang ni, tunggu masa graduation day jelah masa kita untuk bersua lagi...


 
BANGGA
Of coz bangga coz aku berjaya n bertahan selama 3 tahun kat sini. N tamatkan diploma aku. Walaupun dulu rasa macam nak nangis n kadang-kadang rasa menyesal pilih tempat yang jauh n kos ni. But now, everything dah settle. N xde apa yang perlu aku risaukan lagi. Tinggal nak naik stage, pakai baju grad, amik gambar, make my parents proud of me =)

No comments:

My Blog List

Pantasnya Masa Berlalu...


Make your own Countdown Clocks

✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾❁◕ ‿ ◕❁❀◕ ‿ ◕❀✿◕ ‿ ◕✿ ❀◕ ‿ ◕❀ ❁◕ ‿ ◕❁ ✾◕ ‿ ◕✾